Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VTL Darat Malaysia-Singapura Tidak...

JOHOR BAHRU: Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan...

Tembakan Sekolah: 8 Pelajar...

DENVER - Sekurang-kurangnya lapan pelajar dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah...

Video: Rakaman Perbualan Remaja...

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan penyebaran audio perbualan seorang budak perempuan yang...

Lelaki Korea Utara Dibawa...

SEPANG - Seorang lelaki warga Korea Utara yang ditahan untuk membantu siasatan kes...

Imigresen Tidak Iktiraf Skuad Sukarelawan Buru PATI

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menyambut baik sebarang maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI), namun agensi itu tidak boleh mengambil tindakan sembarangan.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, membanteras PATI adalah tugas pihak berkuasa dan tiada pihak atau pertubuhan diberi kuasa untuk memburu pendatang terbabit.

“Imigresen sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan bagi membanteras pesalah ini termasuk pelancong asing yang tinggal lebih masa di negara ini dan PATI yang ditangkap akan melalui proses siasatan, dakwaan dan hukuman sebelum dihantar ke negara asal.

“Berdasarkan Seksyen 51 Akta Imigresen 1959/63 kuasa untuk menjalankan tangkapan adalah terhad kepada pegawai imigresen, polis dan kastam sahaja,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tawaran 1,000 sukarelawan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kepada jabatan itu dan pasukan polis bagi membantu membanteras PATI di negara ini.

Menurutnya, sejak 1 Januari hingga 24 Disember 2019, JIM melaksanakan 17,328 operasi penguatkuasaan dan hasilnya seramai 50,715 PATI serta 1,251 majikan ditahan.

Naib presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, skuad sukarelawan itu diwujudkan susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 3 Disember lalu yang mahu memburu pelancong dari China dan India yang tinggal lebih masa di negara ini.


Parti itu juga sudah menghantar surat kepada Ketua Pengarah Imigresen pada 19 Disember lalu untuk menawarkan 1,000 sukarelawan pelbagai kaum bagi tujuan itu.

Katanya, beliau juga memahami halangan yang dihadapi oleh Imigresen, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat dalam operasi membanteras warga asing.

“Mereka tak cukup tangan buat operasi membanteras pendatang asing. Kita faham mereka kurang kakitangan, logistik dan sebagainya.

“Justeru apalah salahnya jika sukarelawan Putra berkhidmat untuk negara. Tanpa perlu upah, gaji. Mereka berkhidmat sukarela cuma kita nak selaraskan dengan pihak keselamatan agar sukarelawan ini tidak dilihat sebagai kumpulan pengacau,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kategori