Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Sebab DAP Perlu...

MENJELANG dua minggu lagi Sidang Parlimen bermula pada 5 Oktober, tumpuan seluruh negara tentunya...

Tembak Wanita Wajah Seiras...

KEJAM… Seorang wanita, Lois Riess, 56, telah membunuh wanita lain yang seiras dengannya...

China Catat Lebih 4,500...

BEIJING - China mencatatkan 4,515 kes disahkan coronavirus dan jumlah kematian akibat penularan...

Agong Berangkat Hadir Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari...

Isu Denda RM500 Biak Aedes Hampir Kecohkan Dewan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendakwa Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye cuba mempolitikkan soalan tambahannya.

Terdahulu Abdul Azeez mencadangkan kerajaan menaikkan kompaun RM500 mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana ia terlalu kecil bagi pemaju sehingga mereka membiarkan air bertakung di tapak pembinaan menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes.

Ini menyumbang kepada peningkatan berterusan kes denggi yang dengan sendirinya menyebabkan statistik kematian terus meningkat.

Bagaimanapun, Dr. Boon Chye dalam jawapannya menyatakan denda berkenaan kecil bagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkenaan, namun besar bagi rakyat.

Jawapan berkenaan menyebabkan Abdul Azeez melenting dan meminta Timbalan Menteri memahami soalannya yang jelas mahukan denda dinaikkan untuk pemaju bukan orang miskin.

Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (6) berhubung sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Timbalan Menteri meneruskan jawapan.

Shahidan yang masih tidak berpuas hati terus berdiri, namun ditegur Mohd Rashid supaya menghormati Timbalan Menteri yang sedang menjawab soalan dan tidak mencelah tanpa kebenarannya.

Dr. Boon Chye kemudian memberi jawapan bahawa kementeriannya bersetuju dengan cadangan berkenaan.


“Saya setuju dengan cadangan YB Baling supaya denda berkenaan dinaikkan untuk membendung pembiakan Aedes demi kepentingan rakyat,” katanya.

Mengikut Subseksyen 13 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 denda bagi kesalahan pertama ialah RM500 dan mengikut akta sama mereka yang melakukan kesalahan berkenaan bagi kali kedua boleh dikenakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000, atau dipenjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menjawab soalan asal Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang), Dr. Boon Chye berkata, hingga 27 November lalu, sebanyak 118,416 kes denggi dilaporkan di seluruh negara membabitkan 164 kematian.

Bagi Sarawak sebanyak 2,310 kes dilaporkan membabitkan dua kematian dalam tempoh sama.

“Kes denggi di negara kita menunjukkan peningkatan ketara jika dibandingkan tahun lalu, iaitu 118,416 kes sehingga 27 November lalu berbanding 69,849 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Kes kematian dalam tempoh sama tahun lalu pula adalah 118 kes,” katanya.

Alice Lau meminta Menteri Kesihatan menyatakan staus terkini demam denggi di negara ini dan jumlah kematian direkodkan serta langkah untuk mengurangkan kes berkenaan. – BH Online

Kategori