Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Maszlee Enggan Ulas Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, enggan mengulas isu pembelajaran tulisan...

Usaha Serius China Hapus...

GAJAH adalah antara haiwan yang sering diburu dan menjadi mangsa kerakusan manusia hanya...

Ujian Mekanisme Subsidi Petrol...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertimbangkan untuk...

Remaja 17 Tahun Bunuh...

BOGOTA - Umurnya baharu belasan tahun namun agak mengejutkan apabila polis Colombia akhirnya...

Izzah Dapat Semula Pingat Emas

CLARK – Bantahan kontinjen Malaysia untuk mendapatkan semula pingat emas atlet gimnastik, Izzah Amzan mendapat perhatian Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC).

Ini selepas ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengesahkan Izzah akan mendapat semula pingat yang dimenanginya dalam acara riben Sukan SEA 2019.

Menurutnya, PHISGOC menerima protes dikemukakan kontinjen Malaysia dan akan menambah semula pungutan emas negara.

“Mereka bersetuju dengan klausa dalam buku peraturan Sukan SEA dan akan memulangkan semula emas itu.

“Alhamdulillah… Saya bersyukur kerana mereka setuju untuk memulangkannya semula. Selewat-lewatnya petang ini akan dimasukkan semula dalam pungutan pingat,” kata Megat.


Terdahulu, kontinjen negara menerima tamparan selepas emas dimenangi secara Izzah dalam acara riben, Sabtu lalu ditarik balik biarpun diumum sebagai pemenang bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan.

Sebaliknya, Izzah sekadar diberikan perak berdasarkan kedudukan pingat terbaru yang disiarkan di laman web rasmi Sukan SEA 2019 Filipina. – BH Online

Kategori