Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Air Bersih Di RKT...

GUA MUSANG – Masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk Rancangan Kemajuan Tanah...

Negaraku Bangkit Bersama, Mesej...

KUALA LUMPUR - 'Negaraku Bangkit Bersama'. Ini mesej ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun...

Mayat Lelaki Dengan Kesan...

KINABATANGAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dengan tiga kesan tetakan di tepi Jalan...

Fathia Balas Sindiran ‘Pedas’...

SEMALAM, Exco Pergerakan Puteri UMNO dan pelakon, Dira Abu Zahar telah 'menyindir' aktres,...

Jangan Persenda Negaraku, Jalur Gemilang, Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang menjadi simbol semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada negara, tidak boleh dipersenda atau ditukar dalam apa juga bentuk, kata Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

“Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama harus hormat lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan lima prinsip Rukun Negara.

“Apa yang saya perhatikan sekarang, kemajuan teknologi maklumat menyebabkan generasi muda mengabaikan kepentingan ketiga-tiga elemen itu. Kita jangan leka sehingga rasa cinta pada negara pudar,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Mengenai penularan video murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin, Lam Thye berkata, sebarang bentuk perubahan tidak boleh dilakukan ke atas lagu rasmi itu kerana ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya seperti lagu hiburan.

“Negaraku adalah lagu suci. Maka tidak patut ada pihak cuba persendakan atau ubah lambang patriotik ini. Lagu ini mesti dinyanyikan di dalam bahasa Melayu malah versi aslinya adalah dalam bahasa Melayu,” katanya yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN).

Sekiranya lagu Negaraku diterjemah ke dalam bahasa lain bertujuan memudahkan pelajar memahami maksud, Lam Thye berkata kaedah itu hanya boleh dilakukan untuk tujuan pengajaran dan tidak boleh dinyanyikan secara rasmi.


“Kejadian baru-baru ini perlu dijadikan iktibar. Kalau pihak sekolah ingin menerangkan apa maksud lagu Negaraku dalam bahasa ibunda masing-masing, itu hanyalah sekadar untuk fahaman mereka sendiri. Tetapi apabila ada majlis mereka mesti menyanyi dalam bahasa Melayu,” katanya.

Lam Thye mengulas video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

Aktivis sosial itu juga mengingatkan masyarakat negara ini supaya tidak terlalu ghairah menggunakan media sosial sebagai medium menyebarkan maklumat sehingga boleh mencetuskan perbalahan antara kaum di negara ini.

Justeru, beliau menasihatkan setiap tindakan negatif diperbetulkan dan media sosial digunakan dengan bijak.

Kategori