Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Guru Sebat Murid...

VIDEO seorang guru di Amerika Syarikat yang melibas anak muridnya dengan tali pinggang...

Panda Zoo Negara Akan...

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak...

TNB Selesai Ambil Alih...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, Tenaga...

Uqasha Muat Naik Foto...

Haaa.. rasanya semua peminat hiburan mengetahui perihal status hubungan cinta yang sudah lama...

Jangan Taasub Agenda Angkat Anwar Jadi PM – Tian Chua

AYER KEROH – Ahli dan pemimpin PKR tidak boleh terlalu taasub dengan agenda mengangkat Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan sehingga melupakan agenda sebenar parti itu.

Teguran itu dibangkitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang menyifatkan PKR kini seolah-olah terlupa kepada agenda utamanya yang selama ini memperjuangkan reformasi dan membela nasib rakyat.

“Dalam kongres ini bukan isu Anwar jadi Perdana Menteri kelapan. Isu ini telah ditetapkan dalam Pakatan Harapan (PH), dalam meja rundingan PH.

“Saya kecewa dalam meraikan ulang tahun kita pada kongres kali ini, sepatutnya terus memperkukuh agenda perjuangan dan membela rakyat, tetapi sebaliknya menjadi medan untuk mengampu, mengipas secara bergilir-gilir (untuk) Anwar sebagai PM kelapan.

“Saya cabar semua, kita boleh buat sekarang ini dalam keadaan selesa kerana ada kemudahan mudah (sebagai kerajaan).

“Cuba fikirkan dua tahun lalu, nak sebut ‘Hidup Anwar’ berapa ramai yang berani?” katanya pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tian Chua adalah satu-satunya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dikaitkan dengan pasukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang hadir pada sesi penggulungan.

Ucapan bekas Ahli Parlimen Batu itu beberapa kali terganggu oleh jeritan sindiran dan sorakan ‘boo’ perwakilan apabila beberapa nama pemimpin termasuk Mohamed Azmin, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan beberapa pemimpin ‘pasukan’ Menteri Hal-Ehwal Ekonomi itu disebut sepanjang ucapan.

Satu ketika, Anwar terpaksa bangun meminta perwakilan berhenti bersorak.

Perwakilan juga dilihat tidak senang apabila Tian Chua cuba memperlekehkan tindakan perwakilan yang mengangkat plakad ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-8’.


Dalam pada itu, Tian Chua mengingatkan ahli parti supaya tidak melupakan pengorbanan dan perjuangan pelbagai pihak yang turut melalui perit-getir sepanjang 20 tahun bersama-sama PKR.

Katanya, hakikat yang perlu diakui adalah ramai pemimpin lain dalam parti itu yang sebelum ini diketuai Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengemudi bersama Mohamed Azmin yang turut menyumbang dalam perjalanan panjang dua dekad parti itu.

“Tanpa pengorbanan pasukan pimpinan diketuai Dr Wan Azizah sepanjang 20 tahun memimpin parti bersama Mohamed Azmin, termasuk rekod cemerlang kita di Selangor sebelum ini, adakah kita boleh mencapai kemenangan hari ini?

“Kena ingat, yang menyumbang dan berkorban selama 20 tahun ini juga ramai. Walaupun banyak dalam kalangan kita tidak bersependapat, bergaduh, berselisih, jangan lupa akan sejarah ini,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus bersuara dalam PKR walaupun dianggap bertentangan bagi memastikan parti itu terus mengangkat agenda diperjuangkan selama ini.

“Kalau anggota siap nak menghukum pengkhianat menggunakan sorakan, ia tidak akan membawa budaya yang sihat.

“Ini tidak akan selesaikan masalah parti, tapi yang patut (parti perjuangkan) adalah isu ketegangan kaum, jurang kemiskinan yang kini menjadi krisis,” katanya. – BH Online

Kategori