Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas...

LABUAN – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas...

Godam ATM: Orang Dalam...

POLIS sedang menyiasat kemungkinan pembabitan kakitangan bank dan vendor Mesin Teler Automatik (ATM)...

Graduan Cacat Terima Anugerah...

SINTOK – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang...

Pelaburan KWAP Dalam 1MDB...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Kumpulan Wang Amanah Persaraan...

Jenazah Bapa TPM Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR – Jenazah bapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang kira-kira 11.20 pagi tadi.

Wan Ismail yang berusia 93 tahun meninggal dunia di kediamannya di Taman Nirwana, Ampang akibat serangan jantung pada jam 2.30 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Mustakim, Ampang di sini sebelum dikebumikan.

Antara yang turut hadir menziarah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. Xavier Jayakumar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Lebih 500 individu turut hadir di tanah perkuburan bagi menziarahi jenazah semasa pengebumiannya, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.


Allahyarham Wan Ismail meninggalkan isteri, Datin Mariah Khamis, empat anak perempuan, termasuk Dr. Wan Azizah dan seorang anak lelaki.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai penasihat Cawangan Khas sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Ke-2, Tun Abdul Razak.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan perang saraf bagi memerangi pengganas komunis.

Kategori