Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Khairil Aslan Hasrat Tawan...

KUALA LUMPUR - Pendaki solo negara Khairil Aslan Ab Rasid berhasrat meneruskan perjuangannya...

Wanita Maut Tercampak Dari...

ALOR SETAR - Seorang wanita maut selepas tercampak keluar apabila kereta yang dipandu...

Video: Sampai Hati Kau...

KAJANG - Tergamak betul! Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali...

Tun M Tayang Kereta...

MEGAH... Selepas bangga mampu ada kereta mewah Bufori dengan plat khas Patriot 2020,...

Johor Dilanda Banjir, Menteri Besar Pula Ke Mesir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menemplak Menteri Besar Johor yang mengadakan lawatan ke Mesir pada hari ini ketika negeri itu teruk dilanda banjir.

Meskipun alasan bahawa lawatan tersebut sudah lama dirancang namun ia tidak boleh diterima.

Pertama, katanya, sebarang lawatan ke luar negara boleh dijadualkan semula sekiranya wujud keperluan yang lebih mendesak di peringkat tempatan.

Selain itu, lawatan tersebut bertujuan untuk bertemu para pelajar tempatan di Mesir.

Bekas Menteri Besar Johor itu yakin pihak penganjur atau pelajar Malaysia di Mesir mempunyai kematangan yang tinggi untuk memahami dan menerima pembatalan lawatan tersebut kerana bencana banjir yang sedang berlaku di Johor.

“Bukankah selepas bencana banjir ini selesai, mereka akan masih berada di sana dan boleh dilawati? Sedangkan mangsa-mangsa banjir masih bertarung dengan ketidaktentuan dan pelbagai musibah,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook.


Khaled berkata, dalam keadaan sebegini, kerajaan negeri dan pemimpin tempatan sangat diperlukan untuk turun padang dan membantu sedaya yang mungkin.

Mereka mesti terus memantau dan memastikan yang segala aspek keselamatan dan misi bantuan berjalan lancar, bukan sekadar melepas tangan kepada kakitangan kerajaan negeri atau para sukarelawan atau sekadar mengadakan satu lawatan ke pusat pemindahan.

Lagipun, katanya, inilah masanya untuk Datuk Dr. Sahruddin Jamal mempamerkan keupayaan meletakkan keutamaan dalam sesuatu isu. – MalaysiaGazette

Kategori