Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

12 Pati Ditahan Di...

SETIU - Jabatan Imigresen menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) di lima...

Polis Melaka Terima 71...

MELAKA - Polis Melaka menerima 71 laporan berkaitan isu Kuil Sri Maha Mariamman,...

Jersi P.Pinang Dikutuk Macam...

GEORGE TOWN - Meskipun Mohd. Faiz Subri mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia...

Lembu `Tawan’ Bandar Di...

SEORANG nenek yang baru bangun tidur, terkejut tatkala dia membuka langsir tingkapnya selepas...

Juara Asia Terkilan Kejayaannya Seolah Tak Dihargai

KUALA LUMPUR – Juara Asia Kelas Elit Superbike 1,000cc, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019, Azlan Shah Kamaruzaman meluahkan kekecewaannya kerana media Malaysia seolah-olah memandang sepi kejayaannya menjadi juara kelas itu.

Luahan itu dibuat beliau melalui pelbagai akaun media sosial miliknya sejak beberapa hari lalu.

“Salam semua….ingin meluahkan sikit yang terbuku di dada ni…. kecewanya rasa bila baru-baru ni membawa bendera Malaysia yang ku sanjung di buriram selepas dinobat kan sebagai juara Asia…namun sambutan surat khabar tiada langsung menceritakan kenangan manis ku menjulang Piala Asia Road Racing….hanya Berita Harian yang mewarwarkan berita ini…

“Aku juga atlet yang membawa nama Malaysia ke persada dunia….namun sambutan hambar…pandang lah kami juga atlet menggadai nyawa untuk negara tercinta….tengok lah bawah sikit wahai orang yang sepatutnya,” luahnya.

Perlumbaan penutup musim telah diadakan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram Thailand, Ahad lalu.

Memetik laporan Berita Harian, seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi yang menamatkan perlumbaan selaku naib juara, ketinggalan 5.175s di belakang Azlan ketika itu menamatkan saingan keseluruhan di kedudukan ketiga dengan mengumpul 211 mata.

“Ia perlumbaan yang gila,” kata Azlan yang mencipta sejarah menjadi juara Asia pertama kelas Superbike 1,000cc yang baru diperkenalkan di ARRC pada musim ini. 


“Saya hanya memberikan 100 peratus sejak dari awal permulaan hingga akhir, tidak fikir pelumba di belakang saya. Mungkin saya melihat sekali saja, dan kemudian terus fokus dan memberikan yang terbaik sehingga saya melepasi garisan penamat.

“Ini tahun yang menakjubkan buat saya. Pasukan kami bukan pasukan utama, kami seperti pasukan satelit. Tahun ini kami bekerja keras sebagai satu pasukan. Ia amat beremosi buat saya. Kami pasukan yang biasa dan kami memenangi kejuaraan. Alhamdulillah.”

Sementara itu, Azlan menambah kata di media sosialnya bahawa luahan hatinya itu bukan untuk mencari populariti tetapi untuk memberitahu kepada generasi muda keperluan berlumba cara yang betul dan mengharum negara. 

Dengan ini, kami di Mynewshub ingin mengucapkan tahniah kepada Azlan di atas kejayaannya itu. – Mynewshub.TV

Kategori