Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Isu Air Di Kelantan”

ISU air di Kelantan sememangnya masih menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Ada sesetengah...

Ivory Lancarkan Kad Keistimewaan...

GEORGETOWN - Syarikat pemaju dari Pulau Pinang, Ivory Properties Group Bhd (Ivory) telah...

SMK Sultanah Asma Johan...

SELANGOR - Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia bagi kategori Sekolah Menengah berlangsung di...

Kurang Ajar!! Surau Jadi...

Biadab dan tak ada sivik! Sebuah surau di Taman Seremba Jaya, Fasa 10...

Jumlah Kematian Akibat Taufan Phanfone Meningkat 21 Orang

MANILA – Jumlah kematian akibat taufan Phanfone, disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang yang membadai tengah Filipina pada Selasa meningkat kepada 21 orang, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) berkata, sembilan orang maut di Iloilo, empat di Capiz, seorang di Leyte Selatan dan dua di Leyte.

Kematian turut dilaporkan di Biliran, di Samar Timur dan di Samar di wilayah tengah Filipina.

Sekurang-kurangnya 10 lagi hilang, kata NDRRMC.

Taufan Phanfone turut mengakibatkan tanah runtuh pada Selasa petang di wilayah Samar Timur selain menyebabkan kemusnahan di tengah Filipina dan kawasan paling selatan di pulau Luzon.

Banjir besar turut dilaporkan berlaku di banyak kawasan.


Agensi bencana itu berkata, hampir 186,000 orang di 584 kampung di tengah Filipina dan wilayah utara Mindanao terjejas.

Lebih 2,000 rumah dan 55 sekolah rosak akibat taufan tersebut, kata agensi itu.

Kira-kira 150 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan bermula Selasa hingga Jumaat.

Phanfone adalah taufan ke-21 yang membadai Filipina tahun ini.

Kategori