Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MIC: Tempoh Pemilihan Semula...

KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Kerja Pusat...

Tak Pernah Tawar Shafie...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana...

Curi Kenderaan: Polis Tahan...

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan...

Kepingan Bumbung Stesen LRT...

KUALA LUMPUR – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya ditutup sementara waktu...

“Kami Bukan Tunggul” – Anak Usman Awang

KUALA LUMPUR – Anak Allahyarham Usman Awang, Haslina menegaskan pihaknya bukan tunggul berkaitan isu paparan gambar individu lain pada kulit muka depan karya bapanya yang juga Sasterawan Negara (SN) berjudul Tulang-Tulang Berserakan.

Menjawab komen seorang lagi SN, Zurinah Hassan di Facebook miliknya, beliau melahirkan rasa kesal selepas waris tidak dihormati ketika menerbitkan buku itu.

“Adakah semua SN akan membantu mengetengahkan perbuatan ini? Dahla tak hormat waris bila nak terbit. Kami bukan tunggol!” katanya.

Zurinah sebelum itu berkata, beliau belum tengok buku itu dan tidak memberi sebarang komen. Namun jelas beliau, isu itu sudah dimaklumkan kepada semua SN.

Semalam, Haslina meluahkan rasa kesal terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang meletakkan gambar orang lain pada sebuah novel sasterawan negara itu.

Haslina berkata, tindakan itu bukan saja mengecewakan malah tidak menghormati karya-karya Usman.

“Saya amat kecewa dan sedih atas ketidaktanggungjawaban pihak DBP dan Kementerian Pendidikan menganiaya penghormatan serta karya Usman dengan memaparkan gambar orang lain pada kulit buku Tulang-Tulang Berserakan.


“Waris mohon perkara ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya di Facebook.

Haslina dalam komennya turut mendakwa gambar kulit depan novel tersebut yang menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan pagar atau kawat berduri itu dikatakan seorang pengawai menteri.

Sebelum ini, Tulang-Tulang Berserakan dipilih sebagai Jejak Novel Merdeka yang merupakan karya sastera yang disarankan oleh khalayak sasterawan, penulis dan penerbit, sekali gus wajar dijadikan novel wajib baca.

Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write), Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi menyifatkan buku itu sebagai novel antipenjajahan yang menanam semangat patriotisme dan memperjuangkan nilai keamanan yang menjadi inti kepada rukun kemanusiaan sejagat.

Jelasnya, babak watak utama menyaksikan kematian rakan pasukannya di tangan pengganas komunis menjadi detik penting dalam novel itu. – MalaysiaGazette

Kategori