Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aktor Hamilkan Wanita, Mohon...

BAGAIKAN pisang goreng panas, pendedahan demi pendedahan sedang rancak terbongkar nampaknya ke atas...

STAM 2016: Calon Peroleh...

PUTRAJAYA - Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) bagi peperiksaan Sijil Tinggi...

Aliran Trafik Meningkat Di...

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat jam 9...

Undang-Undang Di Malaysia Zalim,...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menuduh undang-undang di Malaysia zalim...

Kepada Makcik Pemandu Bas, Semoga Tabah – Mufti WP

“KEPADA makcik pemandu bas, semoga tabah. Saya doakan rezeki makcik bertambah dan diberkati Allah S.W.T,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr. Zukifli menerusi ciapan di Twitter hari ini berkongsi pandangannya mengenai video tular mengenai perbalahan antara penumpang dan pemandu bas wanita Go KL di Kuala Lumpur, semalam.

“Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis pada pagi yang mulia ini, saya ditunjukkan video perbalahan antara penumpang dan pemandu bas wanita berkenaan.

“Melihat kepada bahasa yang kasar, intonasi suara yang tinggi, ia satu sikap yang kurang manis dan tidak baik. Apatah lagi dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Mungkin pemandu bas itu brek secara mengejut kerana ada alasan yang kuat,” katanya.

Katanya, beliau merasakan alangkah baiknya seseorang itu lebih banyak bersabar dan menjaga adab.

Dr. Zulkifli berkata, beliau tidak mahu berpihak kepada sesiapa sebaliknya sikap bertenang dan memaafkan antara satu sama lain adalah perkara yang jauh lebih mulia serta lebih beradab.

“Marilah kita menginsafi diri dengan menyahut firman Allah SWT yang mafhumnya; ‘dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik. (Surah al-Nisa’ : 5)’.


“Semoga kita mengambil keinsafan atas perkara yang berlaku serta mempunyai budi pekerti yang tinggi,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan kisah pemandu bas wanita yang berulang kali meminta maaf kepada seorang penumpang kerana tidak sengaja menekan brek kecemasan untuk memberhentikan kenderaan.

Permohonan itu dibuat pemandu berkenaan untuk meleraikan kekecohan dan memenuhi permintaan penumpang berkenaan yang berterusan memarahinya.

Bagaimanapun, sikap pemandu bas berkenaan mendapat pujian warganet kerana berdepan situasi itu dengan tenang sekalipun dihambur kata-kata kesat.

Malah, warganet memuji pemandu wanita berkenaan kerana bersikap tenang serta tidak melayan provokasi penumpang yang menghamburkan kata kesat kepadanya. – myMetro Online

Kategori