PUTRAJAYA – Kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8% bagi tahun depan walaupun Bank Dunia menyemak semula dengan menurunkannya.
Kerajaan hanya akan menyemak semula jika pertumbuhan 4.7% yang disasarkan tahun ini tidak dapat dicapai.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yakin Malaysia mampu pertumbuhan yang disasarkan.
“Kita tunggu dulu kerana ia bergantung kepada prestasi tahun ini tetapi kita akan kekal dengan sasaran yang dibuat untuk tahun 2020,” katanya di sini.
Beliau mengulas Bank Dunia yang menurunkan unjuran pertumbahan negara kepada 4.5% berbanding 4.6% disebabkan pelaburan yang lembap dalam eksport dan pelaburan pada suku ketiga.