Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gantung Diri Punca Kematian...

GEORGE TOWN - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian pelajar Tingkatan Dua...

Selangor Digesa Hapus Permit...

SABAK BERNAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan Selangor menghapuskan...

Bukan Lagi Maxis, Pelanggan...

KEDUDUKAN Maxis yang selama ini selesa sebagai syarikat telekomunikasi pilihan utama rakyat Malaysia telah...

Ibu Tunggal Didakwa Tuduhan...

KUANTAN – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Kes Hishammuddin Sudah Selesai – Annuar

SHAH ALAM – Isu melibatkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang berdepan siasatan Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan tata etika sebagai ahli parti itu telah selesai.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia selepas Hishammuddin berjumpa dan memberi penjelasan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Presiden UMNO telah berjumpa dengan Hishammuddin. Beliau telah mendapatkan penjelasan dan dia ada sebut semasa Perhimpunan Agung UMNO. (Sebut) Masa ucapan penggulungan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin UMNO terhadap Hishammuddin yang didakwa melanggar Perlembagaan parti itu dan tata etika sebagai ahli UMNO.

Berdasarkan surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tersebar itu, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong perlu memberi penjelasan pada 26 Disember ini.

Hishammuddin didakwa melanggar Fasal 20.8 (b), (c ), dan (f) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO.

Jika didapati benar, Hishammuddin boleh dihukum di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.


Mengulas lanjut, Annuar berkata, walaupun pucuk pimpinan UMNO tidak campur tangan dalam siasatan Lembaga Disiplin UMNO ke atas ahli, namun isu berkaitan Hishammuddin dianggap telah selesai.

“Dah selesai kerana penjelasan telah diberi kepada Presiden semasa penggulungan, namun surat tersebut tidak melalui saya.

“Setakat yang saya tahu isu (Hishammuddin) sudah selesai,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Apandi ketika dihubungi Sinar Harian enggan mengulas mengenai perkara itu. – Sinar Harian

Kategori