Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

`Dating’ 75 Lelaki Dari...

Melbourne – Demi mencari `putera idaman’ seorang wanita mengembara ke 22 negara dan...

Warga Indonesia Didakwa Miliki...

PONTIAN - Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Elly Mazlein Sedia Timbang...

JIKA sebelum ini penyanyi Elly Mazlein, teguh menyatakan pendiriannya enggan kembali semula bertanding...

Thailand Luluskan Ganja Untuk...

BANGKOK - Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan, hari ini, dan...

Kes LTTE Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Kes empat lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran, yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, memaklumkan pihak pendakwaan sudah mendapat keizinan daripada Pejabat Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan.

“Mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan permohonan jaminan boleh dikemukakan di mahkamah itu.

“Sehubungan itu, saya membatalkan permohonan jaminan oleh semua tertuduh di Mahkamah Sesyen,” katanya.

Empat lain adalah P Gunasekaran, 60; ahli DAP, V Suresh Kumar, 43; pengusaha restoran, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 28.

Pada prosiding itu, mahkamah turut menolak permohonan jaminan peguam, Yoges M Verasuntharam, yang mewakili Kalaimughilan.

Yoges memohon jaminan itu dengan alasan anak guamnya memerlukan rawatan luar kerana masalah kesihatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad, membantah jaminan itu dengan alasan laporan perubatan itu menunjukkan bahawa ia hanya laporan biasa dan tiada afidavit daripada doktor yang menyatakan tertuduh terlalu sakit dan perlu mendapat rawatan di luar.

Pada prosiding itu, peguam Ramkarpal Singh mewakili Gunasekaran dan Suresh Kumar manakala Subramaniam diwakili peguam S Selvam.


Pada 31 Oktober lalu, Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Gunasekaran didakwa menggunakan nama ‘DAP Guna Palanisamy’, Subramaniam atas nama ‘US SUBRA SUBRAMANIAM’ dan Suresh Kumar dengan nama ‘RocketSuresh DAP’.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di sini pada 7 dan 11 Oktober 2019 pada masa berlainan iaitu 2 petang, 5.30 petang dan 6 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Kalaimughilan pula didakwa dengan pengetahuan mengedar item yang berkaitan dengan LTTE di Dewan Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, di sini, kira-kira 8 malam hingga 11.30 malam, 17 Mac 2014.

Pada 29 Oktober lalu, dia dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan LTTE di sebuah rumah di Jalan Anggerik 5D, Bukit Sentosa, Rawang dan di dalam sebuah kereta di tempat sama, pada 9.30 pagi dan 12.35 petang, 10 Oktober lalu.

Semua pertuduhan terhadap Kalaimughilan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan. – BH Online

Kategori