Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Runcit Maksimum Ayam...

IPOH: Langkah kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi ayam standard pada RM8.90 sekilogram...

Video: Aksi Lucah Lelaki...

LANGSUNG tidak tahu malu, itulah yang boleh dikatakan mengenai tingkah laku seorang lelaki...

Confirm Jem! 1.5j Kereta...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka...

Condor Airlines Tawar Penerbangan...

SEPANG - Condor Airlines, pesawat komersial dari Jerman muncul pengendali penerbangan terbaru memilih...

Kit Siang Boleh Tunggu Luar Masjid Semasa Sumpah Laknat – Najib

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Lim Kit Siang ke masjid untuk sumpah laknat berhubung kes 1MDB selepas perbicaraannya selesai, mengatakan beliau mahu berbual dengan veteran DAP itu.

Bekas presiden UMNO itu meminta Kit Siang menunggunya di luar masjid sementara beliau melafaz sumpah, dan kemudian beliau mahu belanja seteru politiknya itu minum kopi.

“Saya ingin mengajak Kit Siang ke masjid di mana saya akan melakukan sumpah laknat untuk 1MDB. Kit Siang boleh tunggu di luar masjid semasa saya bersumpah.

“Selepas itu, saya hendak belanja Kit Siang minum kopi supaya saya boleh tanya soalan-soalan dalam debat yang Kit Siang lari dari awal tahun ini,” katanya di Facebook hari ini.

Kit Siang pada Mei menarik diri daripada perdebatan dengan Najib mengenai kleptokrasi, mendakwa ramai rakyat menasihatkannya tidak meneruskan perdebatan itu kerana bimbang ia akan bertukar menjadi “konflik orang Melayu lawan Cina”.

Najib hari ini mengulas laporan memetik Kit Siang yang tertanya adakah beliau akan membuat sumpah laknat berhubung kes 1MDB.

Ia selepas Ahli Parlimen Pekan dijadualkan akan mengangkat sumpah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun bekas pegawai polis, Azilah Hadri, yang mengaitkannya dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Azilah, yang disabitkan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015, mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh wanita itu.

Najib menepis dakwaan Azilah, mengatakan ia “langkah terdesak” oleh seseorang yang menghadapi hukuman mati.


Bekas perdana menteri hari ini berkata beliau sedia melafazkan sumpah laknat berhubung kes 1MDB.

“Tetapi peguam beritahu saya bahawa saya sudahpun mengangkat sumpah dalam kes ini. Sebab itu, saya masih di tengah memberi kenyataan bersumpah di mahkamah,” katanya.

Najib juga bersetuju polis menyiasat semula kes pembunuhan Altantuya, menjawab pertanyaan Kit Siang yang dilaporkan pada 17 Disember.

Namun, Najib mahu Kit Siang berjanji mengenai 2 kes yang dikaitkan dengan anaknya, Guan Eng.

“Adakah Kit Siang berjanji bahawa kes banglo dan kes terowong disiasat semula, memandangkan kertas siasatan kes terowong terbongkar.

“Di mana pemilik konsesi projek mengaku pernah memberi wang kepada DAP dan menawarkan kepentingan 10% dalam projek terowong,” katanya. – FMT

Kategori