Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KAFA Cadang FAM Cuma...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia...

11 Perkara Semua Orang...

Kebanyakkan perokok sanggup membakar wang ringgit mereka demi membeli sekotak rokok yang harganya...

PRU15: Balasubramaniam Minta PAS...

JERANTUT : Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pimpinan parti memberi laluan wakil...

Sistem Laluan Automatik KLIA...

PUTRAJAYA: Penggunaan sistem laluan automatik (autogate) Jabatan Imigresen (JIM) diberhentikan sementara di pintu...

Konflik Tidak Jejaskan Peralihan Kuasa – Anwar

KUALA LUMPUR – Konflik yang dikatakan berlaku antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menjejaskan peralihan kuasa.

Anwar berkata, beliau tidak terkesan dengan perkara tersebut kerana dalam konteks dan proses peralihan tampuk kepimpinan negara adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Hara-pan (PH).

“Dalam konteks dan proses (penyerahan jawatan Perdana Menteri), itu keputusan PH, tidak langsung berbangkit soal calon lain.

“Akhirnya, perkara itu bergantung keputusan ahli Parlimen yang (memberi sokongan) majoriti. Setakat ini saya tidak lihat ada perubahan (sokongan).

“Bagi saya yang penting, dalam kerja tidak boleh terlalu taksub dan ghairah dengan masalah peralihan jawatan Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin termasuk Mohamed Azmin mengambil pendirian menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14 (PRU14). – Sinar Harian

Kategori