Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bantu Rakan, Pemandu Grab...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian Grab, nafi mengancam dua...

Harimau Larikan Beg Tangan...

SHANGHAI - Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila...

Hawana: Berita Gembira Untuk...

KUALA LUMPUR – Penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 membawa kejayaan dan berita...

“Ibu Saya Tidak Bersalah”...

SEMENJAK drama bersiri Shh... I Love You ditayangkan, ramai yang menganggap Redza Rosli...

Konvensyen Khas Tentukan Hala Tuju Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR – Hala tuju Muafakat Nasional yang menjadi gagasan kerjasama antara UMNO dan PAS, termasuk mungkin dijadikan sebagai institusi rasmi akan ditentukan sekretariat khusus yang dibentuk kedua-dua parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata sekretariat beroperasi di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu akan dianggotai wakil kedua-dua parti dengan Timbalan Presiden masing-masing bertindak sebagai pengerusi penyelaras.

“Sebarang keputusan dibuat sekretariat itu akan diumumkan pada konvensyen khas akan diadakan, yang kemudian akan membincangkan langkah seterusnya berkaitan kerjasama politik berkenaan.

“Apa yang boleh kita katakan Muafakat Nasional bakal menjadi permulaan positif kepada pembentukan institusi muafakat UMNO dan PAS secara rasmi. Apa keputusan seterusnya dalam konvensyen itu nanti kita umumkan,” katanya pada sidang media selepas menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di sini, hari ini.

Mengulas perhimpunan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan perhimpunan dan dapat dirumuskan wujud kesatuan hati dalam kalangan kepemimpinan berhubung pemasalahan parti perlu diselesaikan bersama.

Ditanya cadangan perwakilan supaya diwujudkan Kabinet bayangan, beliau berkata, ia bagi memudahkan Ahli Parlimen diberi tanggungjawab memantau mengikut portfolio menteri bagi melancarkan peranan sebagai pembangkang.

Terdahulu ketika ucapan penggulungan, Ahmad Zahid berkata, semua Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bulan lalu, memberi jaminan akan terus kekal dengan parti.

Beliau turut mengesahkan pertemuan itu bukan bertujuan mahu menubuhkan kerajaan pintu belakang dan meminta semua ahli UMNO tidak mendengar khabar angin.


“Jangan dengar cerita dalam media sosial, cerita ‘batu api’ terhadap rakan kita yang jadi Ahli Parlimen dikatakan cuba berunding dari pintu belakang.

“Saya sudah berjumpa (dan) mereka beri jaminan terus jadi Ahli Parlimen BN dan UMNO,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan Ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya, pada bulan lalu, mengundang persepsi mengenai rundingan untuk mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Ahmad Zahid berkata, semua 38 Ahli Parlimen UMNO itu sudah sepakat bahawa sebarang tindakan dilakukan adalah keputusan bersama dan tidak sesekali membentuk kerajaan melalui pintu belakang.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Ahmad Zahid yakin mampu meneruskan kejayaan PRK sebelum ini jika meletakkan calon terbaik dan kerja kuat jentera, walaupun mencatat kemenangan tipis majoriti 156 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya, PRK Kimanis juga tepat pada masanya selepas perhimpunan kali ini meluluskan Pindaan Perlembagaan memberi kuasa autonomi kepada UMNO Sabah. – BH Online

Kategori