Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Buli Doktor: Pasukan Petugas...

PETALING JAYA : Pasukan petugas khas diberi tempoh selama dua bulan untuk menyiasat...

Cuaca Berjerebu Tidak Akan...

PETALING JAYA - Cuaca berjerebu dijangka berlaku hanya sementara waktu, menurut Jabatan Meteorologi.Pegawai...

Lelaki Terlibat Pecah Kenderaan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan memburu rakannya kerana terlibat kegiatan...

MAH Cadang Mansuhkan Cukai...

KUALA LUMPUR - Persatuan Hotel Malaysia (MAH) hari ini mengulangi saranannya agar cukai...

KSN Nafi Akan Berlaku Pertukaran KSU 5 Kementerian

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar menafikan akan berlaku pemindahan ketua setiausaha (KSU) lima kementerian dalam masa terdekat seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Malah, katanya, beliau belum mendengar secara rasmi perkara berkenaan.

“Laporan itu tidak betul. Saya juga belum dengar secara rasmi dan itu hanya persepsi awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-28 di sini, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan lima kementerian akan melakukan pemindahan pegawai kanan pada minggu ini sebagai sebahagian daripada perubahan di lapan kementerian.

Bagaimanapun, laporan yang memetik sumber itu, hanya menyatakan pertukaran yang dikatakan akan berlaku minggu ini membabitkan KSU Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Usahawan.

Portal itu memetik sumber menyebut perpindahan itu bukan satu sabotaj tetapi atas permintaan menteri bagi melancarkan lagi operasi di kementerian masing-masing.

Portal berkenaan juga melaporkan ramai penjawat awam yang menghampiri usia persaraan akan ‘dibebaskan’ manakala bagi yang berkhidmat secara kontrak pula tidak akan disambung.


Bulan lalu, KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dilaporkan berkata perpindahan itu adalah proses penggiliran biasa jawatan pentadbiran tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya pada konvensyen itu, Ismail mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa patuh kepada kerajaan semasa tanpa mengira parti mana yang mentadbirnya.

“Kita sebagai penjawat awam yang dilantik sudah berikrar bahawa kita mesti patuh kepada kerajaan untuk membina bangsa dan negara yang cemerlang pada masa akan datang.

“Integriti mesti dikekalkan …sebagai pelaksana, kita jalankan tugas dengan berintegriti supaya rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik,” katanya. – BH Online

Kategori