Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pasukan Bola Sepak Negara...

BANGKOK - Walaupun pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF Suzuki 2018 selepas tewas...

GST Mampu Perkukuh Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yakin pelaksanaan...

Murid Sekolah Al-Islahiyah Belajar...

ARAU ā€“ Seramai 426 orang murid Tahun Satu hingga Tahun Enam Sekolah Agama...

Kita Hanya Perlu 1...

TEGAS... Kerajaan diminta untuk bertegas tolak pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan...

KTMB Perkenal Tambang Fleksi ETS Mulai 1 Mac

KUALA LUMPUR – Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bakal menikmati kadar tambang yang lebih berpatutan apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan struktur tambang fleksi bermula 1 Mac tahun hadapan.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memberitahu tiket bagi tambang fleksi itu mula dijual pada 15 Jan tahun hadapan bagi perjalanan ke semua destinasi perkhidmatan ETS dari 1 hingga 31 Mac 2020.

Menerusi pelaksanaan itu, pengguna ETS boleh mendapatkan tiket tambang perjalanan yang lebih menjimatkan mengikut cita rasa masing-masing, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk merancang perbelanjaan dan perjalanan dengan lebih baik.

ā€œContohnya bagi perjalanan pada musim perayaan atau cuti sekolah, pengguna yang membuat tempahan awal akan menikmati kadar tambang yang lebih rendah berbanding mereka yang membeli pada saat akhir.

ā€œPengguna juga berpeluang menikmati penjimatan berganda menerusi promosi yang bakal ditawarkan dari semasa ke semasa,ā€ menurut kenyataan itu.


Sebagai pengenalan, KTMB juga menawarkan promosi ā€˜Seleksi Tempat Dudukā€™ percuma untuk penumpang membuat pilihan tempat duduk tanpa sebarang caj tambahan bagi perjalanan antara 1 dan 30 Mac 2020.

KTMB juga masih menawarkan harga tambang konsesi untuk pesara kerajaan dan isteri, warga emas, Orang Kelainan Upaya, kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun, pelajar (pemegang kad KTM i-card), polis, tentera dan bomba.

Kategori