Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Koronavirus Beri Impak Kepada...

WASHINGTON/TOKYO - Penularan wabak koronavirus di China yang merebak dengan cepat berpotensi menjadi...

SPR Kaji Buat Persempadanan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengkaji sama ada persempadanan semula kawasan...

Rabies: Zon Penampan Antara...

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan untuk mewujudkan satu...

Penyakit Cacar Monyet Dikesan...

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) memaklumkan bahawa seorang warga di England...

Laman Web Dekatkan Rakyat Dengan UMNO

KUALA LUMPUR – “Tak kenal maka tak cinta, bila sudah kenal, maka akan jatuh cinta selama-lamanya”.

Demikian ungkapan perumpamaan yang dizahirkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika melancarkan laman web rasmi parti itu di Pelantaran Putra di sini.

Beliau berkata, laman web UMNO ini akan mengisi segala aktiviti, peristiwa dan berita semasa berkaitan parti itu, sebagai usaha mendekatkan rakyat di seluruh negara kepada UMNO.

“Mulai hari ini, dunia akan mengenali UMNO melalui hujung jari. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara boleh melihat segala bentuk aktiviti UMNO dan sekali gus mengenali parti ini.

“Bagi mereka yang tidak ada peluang untuk mengenali UMNO sebelum ini, inilah masanya untuk mengenali lebih dekat,” katanya.

Menurut Mohamad, sudah sampai masanya UMNO menggunakan ilmu sains dan teknologi untuk dilihat lebih relevan dalam dunia maya yang serba mencabar ini.


“Mereka tidak perlu datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mereka hanya boleh mengetahui segala peristiwa semasa mengenai UMNO melalui hujung jari sahaja.

“Salah satu dari faktor utama UMNO perlu berubah ialah mesti menggunakan Sains dan Teknologi. Apa relevan dan kaitannya dengan Sains dan Teknologi? Kita tidak dapat lari daripada menggunakannya,” kata beliau.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, anak muda di kampung boleh mengenali parti itu melalui ahli keluarga, tapi bagi yang tinggal di bandar, tetapi tidak berpeluang hendak merapati barisan kepimpinannya, mereka boleh menggunakan laman web itu. – MalaysiaGazette

Kategori