Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beras Cap Rambutan Beras...

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengesahkan tiada bendasing plastik ditemui...

Jawatan Tertinggi Dalam PAS...

KOTA BHARU - Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam...

Pemuda UMNO Desak Moorthy...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha...

“Saya Punk Tegar, Apa...

“SAYA memang hati kental, saya ni budak ‘punk’ tegar, saya tak peduli apa...

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

KUALA LUMPUR – Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan pengurusan perolehan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2.

Penemuan audit mendapati pelaksanaan kurang cekap itu berpunca daripada aspek pematuhan peraturan kewangan melibatkan beberapa perolehan, penyediaan dan kelewatan menandatangani kontrak, kawalan hasil jualan tiket serta perbelanjaan yang tidak mematuhi peraturan kewangan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, penganjuran temasya itu memberi impak positif kepada ekonomi negara, di samping menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan negara, cukai tidak langsung, peluang pekerjaan dan industri perhotelan serta mencapai piawaian ditetapkan kepada semua atlet terlibat.

“Prestasi menunjukkan Malaysia berjaya menganjurkan Temasya KL 2017 melibatkan penyertaan semua 11 negara anggota Asean dan menjadi juara keseluruhan temasya itu dengan pungutan 145 pingat emas, melebihi 111 sasaran ditetapkan,” menurut laporan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, Kementerian Kewangan menyalurkan RM550 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara bagi penganjuran Temasya KL 2017 di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merangkumi Sukan SEA ke-29 dari 19 hingga 30 Ogos 2017 serta Sukan Para Asean ke-9 dari 17 hingga 23 September tahun sama.

Menurut laporan itu, secara keseluruhannya pengurusan penganjuran Temasya KL 2017 belum mencapai tahap kecekapan optimum kerana perancangan perolehan tidak dibuat lebih awal sebaik saja peruntukan temasya diterima dan terdapat kelemahan dalam pengurusan perolehan kerana beberapa perolehan dibuat tanpa mematuhi peraturan kewangan.


Sementara itu, laporan audit itu turut merumuskan kerajaan tidak dapat menjana hasil optimum daripada penjualan barangan rasmi dan tiket.

Justeru, laporan itu mengesyorkan kementerian atau jawatankuasa pengelola antaranya membuat perancangan rapi dan tadbir urus baik dengan mematuhi prinsip perolehan, membuat pemantauan terhadap pelaksanaan pentadbiran kontrak perolehan lebih awal, termasuk penyediaan kontrak.

Laporan itu turut mengesyorkan KBS atau Perbadanan Stadium Malaysia memastikan kecekapan dalam penganjuran temasya ditambah baik, khususnya berkaitan pengurusan perolehan, penjualan tiket serta pemasaran dan penjualan barangan rasmi.

Kategori