Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lokasi Pusat Sembelih Ayam...

KUALA LUMPUR — Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia (G3PM) hari ini...

TPM Kongsi Kesedihan Pemergian...

KAJANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari...

Perlu Lepasi Ujian Agama,...

KUALA TERENGGANU - Setiap calon anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi...

WMA Bantu Lahir Tenaga...

KUANTAN - Kepakaran anggota Persatuan Air Malaysia (WMA) membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran...

Liga Malaysia 2020 Bermula 28 Februari

KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020 akan bermula pada 28 Februari.

Badan pentadbir Liga M itu dalam satu kenyataan, hari ini berkata prosedur rapi dan pelaksanaan proses Program Kawalan Ekonomi (ECP) musim depan menjadi faktor liga terpaksa bermula lebih lewat berbanding musim sebelum ini.

Keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah MFL pada mesyuarat Khamis lalu selepas mengambil kira proses untuk menyemak bajet daripada setiap pasukan mengambil masa sebulan.

“Semua pasukan harus menyerahkan bajet kepada MFL sebelum tarikh tutup pada 15 Disember ini di mana MFL akan mengenalpasti atau mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun depan.

“Kemudian barulah pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan pemain sebaik jendela perpindahan pertama Liga M dibuka pada 16 Januari hingga 15 Mac depan.

“Tempoh masa ini bagi memastikan persediaan pasukan berada dalam tahap terbaik selaras pengenalan ECP pada musim depan,” kata MFL.


Bermula musim depan, pasukan Liga Super dan Liga Perdana perlu mematuhi peraturan baharu iaitu ECP di mana langkah MFL ini sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.

Aksi Piala Sumbangsih akan membuka tirai Liga M musim depan pada 28 Februari yang akan menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Dalam perkembangan sama, MFL menjelaskan Liga M bagi musim 2021 dijangka bermula lebih awal berikutan setiap pasukan dikehendaki menyerahkan bajet kewangan pasukan utama pada 31 Oktober 2020 dan keputusan kelulusan struktur kewangan mereka diumumkan pada 30 November 2020.

Kategori