Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peluang Cerah Menang Kategori...

KONTINJEN Yamaha Malaysia berpeluang cerah untuk meraih kemenangan dalam kategori MT selepas dua...

Jualan Kraftangan Melebihi Sasaran...

KUALA LUMPUR - Penjualan kraftangan di Malaysia dari Januari 2011 hingga Julai 2015...

Agong, Permaisuri Ucap Takziah...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

OneWheel: Papan Luncur Elektrik...

Bagi peminat filem “Back to the Future”, semestinya anda menantikan “Hoverboard”. Ia mungkin...

LTTE: Kes Penghantar Surat Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

SEGAMAT – Kes seorang penghantar surat yang berdepan tuduhan memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Hakim Rasidah Roslee membenarkan kes terhadap S Teeran, 38, itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara Putrajaya, Mohd Firdaus Abu Hanipah.

Permohonan tersebut dibuat pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di mahkamah tinggi berkenaan.

Dalam prosiding itu, peguam tertuduh A Mathan juga memohon secara lisan jaminan terhadap anak guamannya namun ditolak oleh mahkamah.

Ini kerana Mahkamah Sesyen tiada budi bicara untuk memberi jaminan, mendengar dan membicarakan kes kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi manakala pihaknya hanya untuk menguruskan kes, kata Rasidah.


“OKT (tertuduh) boleh memohon jaminan, tiada masalah. Namun seeloknya dibuat di Mahkamah Tinggi kerana di sini hanya untuk menguruskan kes,” kata Rasidah dalam penghakimannya.

Pada 29 Oktober lepas, Teeran yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah firma guaman di bandar ini, dituduh memiliki barangan berunsurkan perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira 6.30 petang di alamat Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai, 10 Oktober lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130 JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana item berkenaan.

Kategori