Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MP Julau, Keluarga Tahanan...

AHLI Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dijadual berlepas ke Kemboja pada Rabu...

Jadi Rebutan China Dan...

MALDIVES, negara kepulauan kecil di Lautan Hindi hari ini mengadakan pilihan raya, yang...

Hanya Nak Alih Kereta,...

Ibadah puasa sememangnya diwajibkan terhadap umat Islam bagi menguji kesabaran dalam menempuhi pelbagai...

DAP Cawangan Pantai Sepang...

SEPANG - DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25...

Mahathir Enggan Ulas Dakwaan Mahu Pecat Azmin

KUALA LUMPUR – Perdana menteri, Dr. Mahathir Mohamad enggan mengulas dakwaan Zuraida Kamaruddin bahawa beliau mengarahkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memecat orang nombor 2 parti, Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video seks gay.

“Itu tak payahlah kot, tak payah tanya,” katanya kepada pemberita selepas menonton tayangan filem Ejen Ali The Movie, malam tadi.

Sebelum ini, Zuraida ketika berucap di hadapan penyokongnya pada majlis makan malam “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” mendedahkan Anwar meyakinkannya bahawa individu dalam video seks gay yang tular adalah Azmin.

Zuraidah mendakwa dalam pertemuan mereka berdua, Anwar memberitahu Mahathir mengarahkannya memecat menteri hal ehwal ekonomi itu.

Dalam perkembangan lain, Mahathir turut enggan mengulas kenyataan anaknya, Marina Mahathir yang membantah filem biografi berjudul “Mahathir The Journey”.


“Yelah, itu saya tak boleh komenlah. Cerita berkenaan keluarga terlibat,” katanya.

Marina sebelum ini mendakwa filem itu tidak mendapat restu keluarga dan menyifatkan ia memalukan.

Penerbit filem tersebut bertegas tetap meneruskannya meskipun tidak menerima persetujuan Marina, sambil memaklumkan penerbitannya menerima kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri. – FMT

Kategori