Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nombor Telefon Iklan Ah...

IPOH - Kebanyakan pemilik nombor telefon yang tertera pada 'banner' pinjaman wang tanpa...

Lebih Ramai Wanita Diperlukan...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya lebih...

NGO Desak Kerajaan PH...

BENTONG – Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan alam sekitar hari...

Janna Nick Suka Lelaki...

TIDAK semua wanita memandang mahupun suka mencari lelaki berharta sebagai pasangan malah ada...

Mahathir Enggan Ulas Isu VVIP Jumpa Azilah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika ditanya wartawan sama ada beliau ada berjumpa dengan Azilah Hadri atau tidak.

Sambil tersenyum, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum bangun menamatkan sidang media susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn. Bhd. (TRXC) dan IWH CREC Sdn. Bhd. (IWH-CREC) hari ini.

Sebelum itu, ada dakwaan mengatakan Azilah yang juga bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis ada berjumpa dengan VVIP sebelum mengemukakan akuan bersumpah (AD) mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkannya membunuh Altantanyu Shaariibu.

Azilah kini di Penjara Kajang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu. – MalaysiaGazette

Kategori