Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Rumah Kedai Musnah...

LANGKAWI - Enam rumah kedai termasuk dua yang menjual motosikal musnah dalam kebakaran...

Malaysia-Qatar Setuju Tubuh HLC...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Qatar bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan ke tahap...

Reezal Merican Umum Pertahan...

MAHU kekal menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO kali ini,...

‘Kegilaan’ Swafoto Ekstrem Trend...

AKSI swafoto paling ekstrem yang banyak dilakukan ialah bergambar sendiri di atas bangunan...

Mahathir Ulangi PH Sukar Penuhi Janji Angkara Kerajaan Lama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu.

“Sewaktu kita sediakan manifesto, kita tak dapat maklumat penuh dan apabila kita ambil alih kita dapati kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama itu jauh lebih dahsyat daripada yang kita anggar.

“Kalau dia (rakyat) tak yakin, ada masanya dia boleh undi bila ada PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) dia undi lah…untuk menentukan nasib PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan ke-58 di sini hari ini.

Dr. Mahathir juga menjangkakan ia akan mengambil masa lima tahun sebelum kerajaan PH dapat tunaikan janjinya.

Ditanya mengenai status pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), beliau berkata, kerajaan masih dalam proses melakukan kajian mendalam berkaitan akta itu.


“Perkara ini sukar dan sementara itu kita tak nak dengan mudah membebaskan pengganas seumpamanya…kalau kita dapati orang itu menyediakan bom, letup sana sini, orang yang macam itu kita tak boleh bagi ‘bail’,” katanya.

Kerajaan sebelum ini pernah berkata ia akan mengkaji untuk meminda peruntukan drakonian yang terdapat dalam SOSMA tidak lama lagi.

Mengenai Perkim, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua persatuan itu berharap ia akan lebih aktif dalam aktiviti dakwahnya memandangkan peruntukan kerajaan kepada Perkim dikembalikan kepada RM10 juta, berbanding RM4 juta tahun lepas.

Kategori