Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Maut Selepas Paip Kaca...

Florida ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang wanita, April Rollison, 31, meninggal dunia selepas seminggu paip kaca...

Tidak Hadir Sama-sama Rai...

GEORGE TOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng meminta semua pihak tidak membuat...

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna...

PETALING JAYA ā€“ Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan...

Perodua Lancar Model Myvi...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model dipertingkat, Perodua...

Makmum Tidak Cukup Untuk Solat Jumaat Akibat Banjir

RANTAU PANJANG – Sembahyang Jumaat di Masjid Kubang Rambutan, di sini, hari ini, terpaksa digantikan dengan solat fardu zuhur berjemaah akibat jumlah makmum tidak mencukupi susulan jalan ditenggelami banjir sejak dua hari lalu.

Tinjauan BH mendapati jemaah terpaksa meredah banjir setinggi hampir satu meter untuk ke masjid itu, malah ada yang mengambil inisiatif menggunakan perahu.

Selepas azan berkumandang, pihak masjid menunggu kehadiran jemaah tetapi hanya ada 24 makmum menyebabkan mereka terpaksa menunaikan solat zuhur sahaja.

Penduduk, Syed Alwi Syed Kuning, 71, berkata situasi tidak dapat mengerjakan solat Jumaat seumpama itu pernah berlaku kira-kira 10 tahun lalu, dan kejadian hari ini mungkin disebabkan kawasan berkenaan dinaiki air tinggi.

ā€œBoleh dikatakan rumah semua jemaah dinaiki air kerana kampung di sini memang terletak di kawasan rendah.

ā€œAntara kampung terbabit ialah Kampung Kubang Rambutan, Kampung Parit Air dan Kampung Kok Pauh.

ā€œHari ini, hanya 24 jemaah dapat hadir, termasuk beberapa anggota polis dan bomba yang bersama-sama menunaikan solat zuhur ketika bertugas meninjau keadaan banjir.


ā€œMasjid ini boleh memuatkan hampir 1,000 jemaah tetapi akibat banjir, hanya beberapa orang dapat hadir,ā€ katanya ketika ditemui di masjid itu.

Sementara itu, Mohd Yusuf Senik, 64, yang cedera akibat kemalangan, tetap bersemangat meredah banjir sejauh kira-kira 200 meter ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

ā€œBukan saja makmum terkandas akibat banjir, malah rumah imam dan bilal turut dinaiki air setinggi antara dua hingga tiga meter.

ā€œSebagai umat Islam, kita tetap berusaha menjalankan perintah-Nya selagi mampu. Bagaimanapun, adakala keadaan sebegini tidak dapat kita elakkan,ā€ katanya. – BH Online

Kategori