Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Hadi Nafi Konflik...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis...

DAP Masih Belum Terima...

SEREMBAN – DAP masih belum menerima permohonan maaf dari seorang anggotanya yang menerima...

Aktres Porno Marah Dapat...

PARIS – Bintang filem pornografi terkenal Perancis, Nikita Bellucci mendakwa telah mengalami suatu...

Rogol Ibu Tunggal: Lelaki...

KUALA PILAH - Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh...

Malaysia Kempunan Tamat Kemarau Emas

MANILA – Skuad badminton lelaki negara gagal menamatkan kemarau 14 tahun pingat emas dalam acara berpasukan selepas tewas 1-3 kepada Indonesia dalam aksi final di Sukan SEA ke-30 di Kompleks Sukan Muntinlupa, di sini, hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan skrip sama ketika di Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu berulang, apabila Malaysia tumbang 0-3 menentang lawan sama di pentas final.

Pada aksi pertama, perseorangan lelaki yang menduduki ranking ke-14 dunia, Lee Zii Jia gagal menyumbang mata sulung buat negara selepas tewas kepada pemain nombor enam dunia, Jonathan Christie.

Pemain berusia 21 tahun yang tewas mudah pada set pertama, cuba bangkit memberi saingan dalam set kedua, namun usaha Zii Jia itu masih belum cukup untuk menyekat kemaraan Jonathan yang menang 21-9, 21-17.

Pasangan beregu sensasi negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghidupkan semula peluang negara apabila menewaskan gandingan Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto untuk mengikat kedudukan 1-1.

Pukulan bertenaga dan permainan pantas dipamerkan Aaron dan Wooi Yik nyata sukar disaingi lawan yang terpaksa menerima hakikat tewas 21-17, 21-13.

Langkah cemerlang itu bagaimanapun gagal diteruskan perseorangan kedua negara, Soong Joo Ven yang tunduk dalam aksi rubber set menentang Anthony Sinisuka Ginting.


Biarpun menang 21-13 pada set pertama, pemain berusia 24 tahun itu hilang rentak pada set berikutnya sebelum tumbang 15-21, 18-21.

Kebangkitan yang diharapkan mampu dijelmakan gandingan beregu Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pada aksi keempat tidak kesampaian selepas mereka tewas 16-21, 19-21 kepada Wahyu Nayaka-Ade Yusuf Santoso.

Ia sekali gus menyaksikan skuad negara kempunan menamatkan penantian pingat emas yang kali terakhir dimenangi ketika edisi 2005 di Manila.

Pingat gangsa acara berpasukan lelaki menjadi milik bersama pasukan Thailand dan Singapura.

Kategori