Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Proses Mengundi MIC Berjalan...

SERDANG - Sesi pengundian pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-67 bagi memilih jawatan...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekukuhan...

Trafik Perlahan Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan perlahan...

Volkswagen Umum Harga Baharu...

KUALA LUMPUR - Volkswagen Passenger Cars Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu semua...

Mavcom, CAAM Dijangka Digabungkan

KUALA LUMPUR – Penerbangan awam Malaysia mungkin dikawal oleh hanya satu badan pada masa akan datang selepas penyatuan pengawal selia sedia ada – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Memetik pelbagai sumber, The Edge mendakwa perkembangan baharu itu adalah susulan kelulusan Kabinet bagi memperkasa CAAM.

“Langkah itu bertujuan untuk memperkasa CAAM dengan entiti itu kelak mengawal aspek ekonomi dan teknikal dalam industri penerbangan awam,” menurut berita tersebut.

CAAM bertanggungjawab mengawal aspek teknikal, penyelenggaraan dan keselamatan manakala MAVCOM, yang ditubuhkan pada 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, merupakan entiti bebas yang mengawal selia urusan ekonomi dan komersil di Malaysia.

Untuk menutup Mavcom, undang-undang perlu dipinda dengan pindaan itu memerlukan kelulusan Parlimen.

Kategori