Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MH370: Flaperon Tiba Di...

PARIS - Serpihan bangkai Boeing 777 yang terdampar di sebuah pulau kecil di...

Neymar Hantar Bola Guna...

PARIS - Neymar membuktikan dirinya seorang pemain yang memiliki kemahiran luar biasa apabila...

Aliff Aziz Dipenjara 2...

SINGAPURA - Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz dijatuhi hukuman penjara dua minggu...

Keputusan Boikot Piala AFF...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Harimau Malaysia akan menarik diri daripada saingan...

Mayat Nur Dhiya Aqilah Ditemui

LIPIS – Mayat Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli, 6 tahun, yang dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Pulau Kucing dekat Kampung Penjom di sini Isnin lalu ditemui anggota penyelamat pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira jam 8.04 pagi, lebih kurang empat kilometer dari tempat mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota penyelamat dan sudah dihantar ke Hospital Kuala Lipis di sini untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azli berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa bersama tujuh rakannya berusia lingkungan 6 hingga 16 tahun pergi ke sungai berkenaan untuk mencuci tangan.

“Semasa sedang mencuci tangan, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Dua orang rakannya masuk ke sungai untuk cuba menyelamatkannya, namun ketiga-tiganya hanyut dibawa arus.


“Rakan-rakan yang lain menjerit meminta tolong dan pada masa yang sama terdapat orang kampung sedang menoreh getah di kawasan tersebut terdengar dan mendapati tiga orang sedang terkapai-kapai di dalam sungai.

“Penduduk kampung terus mengambil bot dan menyelamatkan dua orang manakala seorang gagal diselamatkan, dipercayai mangsa telah hanyut dibawa arus deras,” katanya.

Kategori