Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPM Mahu Tumpuan Juga...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu...

PAS Hilang Fokus Bantu...

KUALA LUMPUR - PAS disifatkan sebagai sebuah parti Islam yang telah hilang fokus...

PKR Minta Tony Pua...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pengerusi DAP Selangor Tony Pua...

Anwar Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula...

Meeriam Mahu Campur Tangan Kes Vell Paari Saman Samy Vellu

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan tuntutan saman Datuk Seri S Vell Paari terhadap bapanya, Tun S Samy Vellu selepas seorang wanita memohon untuk campur tangan dalam isu berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Bache menangguhkan permohonan Vell Paari pada satu tarikh lain bagi memudahkan permohonan Meeriam Rosaline Edward Paul didengar.

Peguam, RSN Rayer yang mewakili Meeriam berkata, pihaknya memfailkan permohonan untuk campur tangan Jumaat lalu manakala salinan dokumen diserahkan kepada peguam Vell Paari dan Samy Vellu, petang semalam.

“Meeriam ada hak untuk campur tangan kerana dia mempunyai prosiding lain di Mahkamah Tinggi Ipoh malah mempunyai plaintif serta defendan yang sama bagi kes tersebut.

“Anak guam saya juga yakin suaminya sihat (fizikal) termasuk keadaan mentalnya,” katanya.

Meeriam memfailkan saman terhadap Vell Paari, 57, dan Samy Vellu selepas bayaran penyelenggaraannya tidak diteruskan sejak tahun lepas.

Vell Paari diwakili oleh peguam Datuk David Matthew sementara Samy Vellu diwakili Datuk Prem Kumar.

Mahkamah di sini menetapkan 7 Januari tahun depan untuk sebutan kes.


Minggu lalu, Meeriam mendakwa, dia dan bekas Presiden MIC melangsungkan perkahwinan adat di Kuala Lumpur pada tahun 1981.

Wanita ini memfailkan perintah interim pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa had kepada Samy Vellu dan layak menerima bayaran bulanan sebanyak RM25,000.

Ia disusuli tindakan Vell Paari pada Selasa minggu lalu, yang memfailkan saman pemula terhadap Samy Vellu bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan tahap kesihatan mental bekas Presiden MIC itu.

Vell Paari, 57, sebagai plaintif memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Mathews Hun Lachimanan pada 2 Disember lalu dengan menamakan Samy Vellu, 82, sebagai defendan.

Berdasarkan saman pemula, plaintif memohon siasatan diadakan untuk menentukan sama ada defendan mempunyai masalah mental serta tidak berupaya untuk menguruskan diri dan hal ehwal dirinya.

Beliau berkata, bapanya didiagnosis menghidap demensia akibat penyakit Alzheimer sejak 2 tahun lalu.

Kategori