Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Memandu Mabuk, Kontraktor Didenda...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol, seorang kontraktor didenda RM3,000...

400 Cef Cipta Rekod...

NAPLES - Sekumpulan cef dari seluruh Itali bergabung tenaga memasak piza terpanjang di...

Kes Rasuah: Pengarah Urusan...

SEREMBAN - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat direman tiga hari sehingga Sabtu ini...

Hafiz Suip Bakal Gamatkan...

KUALA LUMPUR - Konsert artis dari Indonesia iaitu Krisdayanti di negara ini pada...

MP Cameron Highlands Kesal Insiden Halang Jalan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor kesal dengan himpunan sekumpulan penduduk yang memprotes di Kuala Terla hari ini.

“Saya dapat memahami kekecewaan kira kira 60 pekebun kecil yang terpaksa mengosongkan tanah yang mereka usahakan atas arahan kerajaan negeri Pahang.

“Namun begitu, tindakan sekumpulan pemprotes yang mengadakan himpunan di tengah jalan raya utama telah menghalang para pelancong sedang menuju ke Tanah Rata dan Brinchang. Ada yang mengadu lebih sejam tersangkut di Kampung Raja hanya gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab sekumpulan pemprotes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli bimbang sekiranya dalam keadaan itu berlaku perkara kecemasan dan sudah pasti ia memburukkan lagi keadaan.

“Suka saya ingatkan, hal ehwal tanah ini berada di bawah kuasa kerajaan Negeri Pahang. Mereka boleh terus membuat rayuan atau permohonan baru untuk mengusahakan tanah tanah yang di benarkan serta mengusahakan ladang tanpa mencemarkan alam sekitar,” ujarnya.


Menurutnya, Cameron Highlands mempunyai lebih 50, 000 penduduk dan ratusan ribu pengunjung yg tidak henti henti menikmati percutian dan insiden seperti itu memberi kesan buruk kepada negara.

“Usah terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah politik sehingga sanggup mencemarkan imej Cameron Highlands pada mata pelancong,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori