Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Menang Mudah Pada...

KUALA LUMPUR - Banyak pihak menjangkakan PAS berhadapan laluan mudah untuk mengekalkan kerusi...

Pencarian MH370 Akan Dihentikan...

SELEPAS hampir tiga tahun menyusuri lokasi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang...

Ibu Muda Ditahan Lakukan...

JAKARTA : Seorang ibu muda di kawasan Rawasari, di Kota Jambi dinamakan sebagai...

Arab Saudi, 3 Negara...

DUBAI - Arab Saudi dan tiga sekutu yang mendakwa Qatar menyokong keganasan, bersetuju...

Najib Buat Sumpah Laknat Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan sumpah laknat menafikan dakwaaan yang terkandung di dalam Akuan Bersumpah Azilah Hadri Jumaat ini.

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook, Najib memberitahu, sumpah laknat itu akan dibuat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini sejurus selepas solat Jumaat.

“Bismillahirrahmanirrahim.

“Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini,” katanya.


Kelmarin, akuan bersumpah Azilah yang merupakan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK)  dan sedang menanti hukuman gantung didedahkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dokumen yang disertakan dalam permohonan semakan kehakiman Azilah pada 17 Oktober lepas juga mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati.

Azilah mendakwa Najib mengarahkannya menangkap serta ‘menghapuskan’ Altantuya yang dilabel sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara. – MalaysiaGazette

Kategori