Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPAD Panggil Pengendali Syarikat...

KUANTAN - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil 15 syarikat pengendali bas...

Hukuman Sebatan, Penjara Beri...

MARANG - Penjara tiga tahun dan dua sebatan, hukuman yang diterima di tirai...

Ibu Bapa Kanak-Kanak Autisme...

KUALA LUMPUR - Riak wajah Norida Sidek, 36, kelihatan cukup ceria ketika menceritakan...

Zahid Pengerusi Mesyuarat Majlis...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan...

Nikah Lelaki 70 Tahun Dengan Hantaran RM15

JAVA – Demi cinta, seorang wanita sanggup menikahi lelaki berusia 70 tahun dan menerima hantaran bernilai RM15.

Radi, 70 dan Reda Vadela, 28, melangsungkan perkahwinan pada 27 November lalu di Java, Indonesia.

Gambar pasangan ini juga tular di laman sosial dan netizen menyangkakan wanita berkenaan hanya mahu mengikis wang lelaki tersebut.

Namun dakwaan itu disangkal apabila hantaran yang diterima hanya RM15 sekali gus membuktikan cinta mereka cinta sejati.

Lapor portal Solopos, Reda berkata, dia tidak malu mempunyai suami berusia kerana usia bukan penghalang bagi seseorang untuk mencintai orang lain.

“Dia matang dan bertanggungjawab, boleh memimpin saya untuk menjadi isteri solehah,” katanya.

Radi mengakui berasa lega setelah menikahi wanita pujaannya itu.


“Alhamdulillah sudah sah jadi suami isteri, saya lega.

“Saya tidak ambil kisah orang sekeliling mahu cakap apa, yang penting kami bahagia,” katanya.

Gambar pasangan ini juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kata @julie, “Jarak usia 48 tahun, seperti ayah dan anak. Tapi lihat mereka bahagia dan gembira.”

Menurut @tuliatyu, “Benar kalau hantaran hanya RM15, mungkin mereka cinta sejati. Bukan berkahwin kerana wang.” – Agensi

Kategori