Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hidup Remaja Yang Hanya...

SEPERTI remaja lain, Rahma Haruna mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjalankan perniagaan. Namun siapa yang...

Pengamal Media Diminta Sebarkan...

KUALA LUMPUR – Pengamal media di negara ini diminta menyebarkan mesej perpaduan melalui...

Rafizi Mengaku Dedah Rasuah...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaku beliau yang mendedahkan tentang...

Cuaca Panas: Paras Air...

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras...

Orang Ramai Dinasihat Jauhi ‘Miami Beach’

KUALA NERUS – Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir yang lebih terkenal  sebagai ‘Miami Beach’, Kuala Nerus terutamanya pada waktu malam ekoran ombak kuat dan angin kencang yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Tinjauan di sepanjang Pantai Miami mendapati orang awam masih tidak menghiraukan situasi itu dengan menghampiri pesisir laut dan membawa anak kecil.

Ombak besar disusuli angin kencang itu juga turut mengakibatkan limpahan air laut sehingga ke jalan raya. 

Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar  Syed Azam Shah Syed Baharom berkata, fenomena tersebut dijangka berterusan sehingga Khamis ini. 

Jelasnya , keadaan itu mencapai kemuncak pada jam 9 hingga 12 malam. 


“Keadaan ni nampak buruk sikit berbanding sebelum ini. Sebab itu kita sangat berharap orang awam tidak mendekati kawasan ini, menganggap keadaan seperti sudah biasa seperti sebelum ini, jadi macam tidak endahkan amaran dan nasihat. Jadi kalau boleh beredarlah dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Anggota beliau turut menjalankan pemantauan setiap setengah jam di sepanjang lima kilometer pantai tersebut bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Tioman termasuk sepanjang pantai Terengganu bermula semalam hingga Isnin ini.

Amaran kategori kedua meliputi kelajuan angin antara 50 hingga 60 kilometer sejam disamping ombak besar setinggi 3.5 hingga 4.5 meter.

Kategori