Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anak, Menantu EXCO Terengganu...

DUNGUN - Anak dan menantu kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan...

Ibu Maut, Anak Cedera...

KANGAR ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang guru maut manakala anaknya cedera dalam kemalangan di Kilometer 8,...

CEO Baharu Bernama Diumum...

PUTRAJAYA - Pelantikan individu bagi mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita...

Polis Tumpas Sindiket Dadah...

KUALA LUMPUR - Polis patahkan sindiket penjualan dadah menggunakan bungkusan serbuk kopi 3...

Peguam Cabar Sekolah Vernakular Semula Di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Seorang peguam memfailkan semula permohonan untuk mencabar sistem sekolah vernakular di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan permohonan itu melalui firma guaman Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co di Pejabat Pendaftar di sini.

Notis usul itu menamakan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Datuk Shaharudin Ali yang mewakili plaintif berkata, keputusan itu diambil selepas Mahkamah Persekutuan Putrajaya membuat keputusan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Pihaknya mengambil contoh bagi kes Universiti Merdeka pada 1981 apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggunaan bahasa Cina sebagai medium pengajaran melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memohon pengisytiharan, Seksyen 28 dan 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang membenarkan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa utama di sekolah vernakular bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Mohd Khairul Azam menafikan tindakannya itu dibuat sebagai isu perkauman.


ā€œSaya harap masyarakat memahami tindakan yang saya buat. Saya bukan mahu sekolah itu diroboh, ini bukan isu perkauman tetapi isu undang-undang serta Perlembagaan,ā€ katanya pada sidang akhbar di luar mahkamah hari ini.

Pada 11 November lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan Mohd Khairul Azam untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dalam penghakimannya memutuskan Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang mengenai pendidikan.

Beliau juga memutuskan Mahkamah Persekutuan bukan pentas untuk pemohon mencabar kewujudan sekolah vernakular. – Sinar Harian

Kategori