Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kadar Rt Covid-19 Di...

MELAKA : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka merekodkan peningkatan kadar kebolehjangkitan kes (Rt)...

Normah Damanhuri Tampil Mohon...

BEBERAPA hari lalu, tular sebuah klip video tarian keterlaluan di sebuah majlis perkahwinan...

Awang Tengah Bidas Calon...

LUNDU - Pemangku timbalan presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah...

Bayi Lelaki Usia 40...

SUNGAI PETANI: Seorang bayi lelaki berusia 40 hari meninggal dunia akibat sesak nafas...

Pelabur Asing Lupus RM1.20 Bilion Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjual sebanyak RM367.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu, melanjutkan aktiviti jualan kepada enam minggu.

Bursa memulakan minggu lalu dengan ‘tidak menentu’ apabila pelabur membawa keluar RM131.3 juta daripada bursa tempatan pada hari Isnin, susulan laporan kukuh pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) berbanding angka-angka eksport yang lemah di China.

MIDF Research berkata, pelabur asing membawa keluar RM123.4 juta pada hari Selasa apabila pelabur enggan meletakkan pertaruhan menjelang 15 Disember, tarikh akhir bagi AS untuk melaksanakan lebih banyak tarif ke atas China.

Menurutnya, pelabur luar pesisir  menurunkan aktiviti jualan kepada RM112.2 juta selepas pentadbiran Donald Trump dan Dewan Demokrat mencapai perjanjian untuk meneruskan Perjanjian AS-Mexico-Kanada.

Tambah firma penyelidikan itu, pelabur antarabangsa membuat pulangan sederhana pada hari Khamis dengan nilai bersih RM39.7 juta, mengejar jualan bersih asing selama 16 hari.


MIDF Research menambah, aliran masuk bersih asing adalah berjangka pendek apabila sebanyak RM40 juta ekuiti dijual pada hari Jumaat, walaupun Trump bersetuju kepada perjanjian perdagangan terhas dengan China yang akan melaksanakan tarif sedia ada ke atas barangan Cina, sekali gus mengelakkan gelombang baru tarif baharu yang dijadualkan pada 15 Disember 2019.

Bulan Disember setakat ini telah melihat aliran keluar bersih dana asing sebanyak RM1.20 bilion.

Aliran keluar dana asing dari Malaysia sepanjang tahun ini sehingga Jumaat lalu mencecah RM11.13 bilion berbanding RM11.69 bilion yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Kategori