KUALA LUMPUR – Mulai 1 Januari ini para pelancong dari negara China dikecualikan visa untuk masuk ke Malaysia.
Tempoh pengecualian itu terpakai sehingga 31 Disember 2020 dan turut mencakupi pelancong dari negara India.
Menurut Jabatan Peguam Negara, tempoh lawatan ke Malaysia adalah selama 15 hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan. – MalaysiaGazette

