Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Festival Filem Thai Pertama...

KUALA LUMPUR - Sempena menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik di antara Thailand...

Tentera Selamatkan Tebusan Warga...

MANILA - Seorang kru kapal warga Vietnam yang menjadi tebusan militan Abu Sayyaf...

Kerjasama Malaysia-China Dalam Pendidikan...

BEIJING - Malaysia akan bekerjasama dengan China bagi mengukuhkan mata pelajaran Sains, Teknoloji,...

Projek Forest City Tidak...

Yang gagal itu adalah jiwa Mahathir

Penganjur Tatu Separuh B0gel Dipanggil Polis

SHAH ALAM – Polis sudah memanggil penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 pagi ini untuk memberi keterangan berhubung peragaan tatu separuh bogel dalam acara tersebut.

Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya berhak menarik balik sebarang bentuk sokongan jika berlaku pelanggaran terma seperti yang berlaku pada program berkenaan.

Kata kenyataan itu lagi, MyCEB memberi sokongan terhadap program berkenaan selepas menyemak semua dokumen dan kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan kerajaan tempatan.

“Penganjuran antarabangsa amat baik untuk industri pelancongan dan ia memberi impak positif kepada ekonomi negara. Tambahan pula, tatu adalah satu bentuk budaya yang amat signifikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut Tattoo Malaysia Expo 2019 berlangsung sejak Jumaat lalu dan berakhir semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur membabitkan 35 negara.


“Acara sama seumpama ini dikenali Sabah International Tattoo & Culture Convention 2015 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah manakala untuk kali kedua dan ketiga masing-masing pada 2016 serta 2017 dan dikomersialkan di bawah nama Sabah International Tattoo Convention,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya hari ini akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

Semalam, tular di media sosial gambar serta visual peragaan separuh bogel dalam salah satu acara yang dianjurkan pada expo tersebut sekali gus membangkitkan kemarahan orang ramai.

Kategori