Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Memilih Watak, Asal...

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi...

14 Tahfiz Di Melaka...

JASIN - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memberikan kelulusan beroperasi...

Brunei Tambah Lagi Jadi...

BANDAR SERI BEGAWAN – Bermula 19 April lalu, hari Khamis ditambah sebagai satu...

Siaran Pertama DidikTV KPM...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan...

Pengeluaran Getah Asli Merosot 21.4% Pada Oktober

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2019 merosot 21.4 peratus kepada 48,549 tan berbanding 61,731 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan hari ini.

Dalam kenyataan, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata berbanding Oktober 2018, pengeluaran getah asli juga merosot 5.2 peratus.

Sementara itu, eksport getah asli Malaysia berjumlah 50,600 tan, peningkatan 5.3 peratus berbanding 48,058 tan pada September 2019, dengan China kekal sebagai destinasi eksport utama dengan menyumbang 39.3 peratus daripada jumlah eksport getah asli.

“Harga purata bagi lateks pekat pada Oktober 2019 ialah 425.61 sen sekilogram berbanding 438.28 sen sekilogram pada bulan sebelumnya.

“Harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) merosot kepada 536.50 sen sekilogram berbanding 551.39 sen sekilogram pada September 2019,” katanya.

Beliau berkata industri pembuatan sarung tangan getah kekal mendominasi industri pembuatan getah asli dengan penggunaan sebanyak 31,677 tan atau 75.6 peratus daripada jumlah penggunaan domestik pada Oktober 2019.

Kategori