Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Bersedialah Hadapi Juara 32...

KUALA LUMPUR - Kedah bersedialah untuk berhadapan dengan pasukan yang memegang rekod 32...

PDRM Kian Berselera Buru...

MELAKA - Kehadiran semula penyerang utama, Guilherme De Paula bakal memberi semangat tambahan...

UMNO Ambil Pendekatan Sopan...

ALOR SETAR - UMNO sentiasa mengambil pendekatan sopan dalam berhadapan dengan 'rakan-rakan' lama...

Audit Keselamatan Di Taman...

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan...

Perdana Menteri Paling Muda Di Dunia

HELSINKI – Finland memilih seorang ahli politik wanita berusia 34 tahun, Sanna Marin menjadi perdana menteri baru sekali gus menjadi pemimpin negara paling muda di dunia.

Selain Sanna, Finland turut mempunyai menteri kewangan paling muda di dunia apabila Katri Kulmuni yang berusia 32 tahun dilantik ke jawatan itu.

Perkembangan luar biasa itu berlaku, selepas satu pergolakan politik berpunca daripada kegagalan kerajaan terdahulu mengendalikan mogok pekerja pos.

Difahamkan, Parti Tengah memaklumkan ia hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri terdahulu daripada parti Sosial Demokrat, Antti Rinne.

Lima parti berkuasa dengan empat daripadanya diketuai wanita mengambil keputusan kekal dalam pakatan dan meneruskan program sama, namun akan berlaku penyusunan kabinet.


“Kami mahu memastikan gabungan perdana menteri dan menteri kewangan berkesan. Ini adalah asas kerjasama generasi baharu,” kata Katri.

Bagaimanapun, Sanna yang juga bekas menteri pengangkutan tidak memberikan sebarang komen. Dia akan mengendalikan mogok yang menjejaskan pengeluaran banyak syarikat terbesar negara itu.

Mengikut unjuran Konfederasi Industri Finland, mogok itu akan menyebabkan kerugian pendapatan berjumlah AS$550 juta (RM2.28 bilion). – Agensi

Kategori