Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Taufan Mangkhut Ganggu Program...

SHENZHEN - Program lawatan lapan hari delegasi sembilan wartawan Malaysia ke China terganggu...

Skuad Malaysia Gagal Saingi...

IPOH - Skuad negara gagal menyaingi kehebatan India apabila dibelasah 1-6 pada perlawanan...

Peningkatan Levi Akan Halang...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk menaikkan levi pekerja asing dalam sektor pembinaan...

Kes Bapa Dera Anak...

BUTTERWORTH - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 25 Jun depan untuk perbicaraan kes...

Perhimpunan Agung UMNO 2019 Lakar Sejarah Baharu

KUALA LUMPUR – Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya barisan kepimpinan PAS turut serta dalam program itu diketuai presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang memakai baju Melayu berwarna hijau muda mengiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 9.15 pagi.

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW turut bergema mengiringi ketibaan barisan kepimpinan Muafakat Nasional itu.

Abdul Hadi juga turut diberi penghormatan mengambil tempat di atas pentas bersama-sama barisan kepimpinan tertinggi BN.

Turut kelihatan, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, S A Vigneswaran.


Perhimpunan Agung UMNO 2019 secara keseluruhannya melibatkan 5,603 perwakilan seluruh negara, termasuk 976 perwakilan Wanita, Pemuda (973) dan Puteri (960).

Perhimpunan tahun ini bertemakan ‘UMNO- Sebuah Perjuangan’, merupakan perhimpunan agung pertama selepas termeterainya Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS.

Ia merupakan tahun kedua UMNO sebagai pembangkang selepas UMNO dan BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lalu. – Sinar Harian

Kategori