Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nombor Plat Edisi ‘Malaysia’...

SEREMBAN - Nombor pendaftaran kenderaan edisi ‘Malaysia’ telah dibuka untukbidaan mulai hari ini hingga 15 Ogos dengan harga...

Mahathir Akan Buat Macam-Macam...

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hairan...

Presiden Baharu FAM Ditentukan...

PETALING JAYA - Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Peranan Polis Wanita Diiktiraf...

SEREMBAN – Anggota wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mampu berbangga apabila mereka...

Perjanjian Perdagangan AS-China Dimeterai Minggu Depan?

WASHINGTON – Penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro semalam memaklumkan perjanjian perdagangan fasa pertama antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka ditandatangani pada minggu depan.

Bagaimanapun, pengesahan itu hanya akan dibuat oleh Presiden Donald Trump atau Wakil Perdagangan AS.

Terdahulu, South China Morning Post melaporkan Washington telah menghantar jemputan kepada Timbalan Perdana Menteri Liu He untuk menandatangani perjanjian itu.

“Jangan percaya laporan daripada sumber tidak diketahui. Kita mungkin akan meterai perjanjian itu pada minggu depan atau dalam tempoh terdekat. Kami akan umumkan butiran perjanjian itu kepada umum secepat mungkin. Ia perlu diterjemahkan dalam Bahasa Cina dan diperiksa sekali lagi supaya versi kedua-duanya adalah sama,” ujarnya.

Menurutnya, perjanjian setebal 86 muka surat itu mengandungi butiran harta intelek yang merupakan permulaan baik terhadap pemindahan teknologi dan reaksi yang positif terhadap manipulasi mata wang.


Trump pertama kali mengumumkan rancangan untuk meredakan perang tarif antara kedua-dua negara ekonomi terbesar di dunia itu pada Oktober lalu.

Perunding AS dan China turut menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk memuktamadkan perjanjian fasa pertama tersebut yang dijangka ditandatangani pada bulan depan. – Agensi

Kategori