Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Semakan Kes SRC...

PUTRAJAYA : Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan...

Usaha Beri Dana Kepada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha untuk memberi peruntukan kepada...

Anggota TLDM Tak Boleh...

LUMUT - Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) diingatkan supaya tidak terlibat...

Harimau Malaya Baham Gajah...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya akhirnya berjaya mengelak aib di bumi Emiriah...

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

NEW CLARK CITY – Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh lari berpagar 110 meter negara, Rayzam Shah Wan Sofian seolah-olah telah ‘dirompak’ menerusi keputusan berat sebelah bahagian teknikal pertandingan olahraga Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina, malam tadi.

Beliau mendakwa pihak teknikal pertandingan jelas bersifat tidak adil dengan hanya membuat keputusan berdasarkan pandangan sudut kanan sahaja, walaupun peraturan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) mensyaratkan keputusan ‘photo finish’ perlu dinilai daripada sudut kanan dan kiri bagi menentukan pemenang sebenar, selain wakil negara tidak dibenarkan untuk melihat semula video rakaman perlumbaan berkenaan.

Rayzam Shah dan atlet naturalisasi tuan rumah, Clinton Kingsley Bautista mencatatkan masa yang sama iaitu 13.97 saat dalam acara berkenaan, namun pihak teknikal pertandingan memberikan kemenangan kepada Clinton berdasarkan ‘photo finish’, sekaligus menyaksikan atlet kelahiran Sabah itu gagal mengekalkan emas yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Wakil Laos, Anousone Xaysa sekadar meraih gangsa dengan catatan masa 13.99 saat.

“Sebenarnya proses-proses untuk menidakkan atlet Filipina itu daripada mendapat emas telah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menunjukkan bahawa kita berhak memenangi pingat emas itu.


“Segala protes dah dibuat dalam jangka masa ditetapkan. Bagaimanapun, proses itu tidak berlaku sepertimana yang sepatutnya dalam peraturan pertandingan, jadi jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku, telah berlaku dan menyebabkan kita terlepas pingat emas,” kata Mohd Manshahar.

Dalam pada itu, pengurus skuad olahraga negara, Sallehudin Satar mendedahkan pihaknya akan memanjangkan perkara berkenaan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) kerana wujud ketidak adilan untuk Rayzam Shah dalam isu ‘photo finish’.

“Saya jangka kita akan bawa perkara ini ke peringkat lebih atas, dan sebagai satu rujukan di peringkat ASEAN,” jelas Sallehudin yang juga Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Johor.

Kategori