Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kekasih Selebriti Popular Bercerai...

JIKA anda masih ingat artikel yang pernah kami tuliskan sebelum ini mengenai seorang...

Azmin Jumpa Anwar ‘Mesyuarat...

NAMPAK gaya macam ada sesuatu tidak kena dengan layanan 'luar biasa' terhadap Datuk...

MOF Nafi Dakwaan MySalam...

PUTRAJAYA - Dakwaan yang mengatakan inisiatif perlindungan insurans MySalam sebagai skim cepat kaya...

PAN Sindir Orang PAS...

KUALA LUMPUR - Mereka yang masih berada dalam PAS ibarat zombi yang terus...

Polis Buat Semakan Penganjur Perhimpunan Bekas Ahli PKM

KUALA LUMPUR – Polis sedang membuat semakan terhadap beberapa individu termasuk penganjur program berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

“Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini. Bagaimanapun kita akan membuat semakan terhadap individu-individu yang terlibat termasuk penganjur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pagi semalam, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli PKM itu.

Beliau berkata perkara dikhuatiri mengancam keamanan negara tidak boleh dibiarkan berlaku.

Semalam, menurut laporan media kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Kategori