Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

1 Bilion Manusia Berisiko...

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun...

Suami Isteri Antara Ditahan...

KOTA TINGGI - Lima orang termasuk sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki...

SKMM Bertemu Telco, Bincang...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan pertemuan dengan...

Mangsa Tidak Tunjuk Perubahan...

IPOH - Lans koperal polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala...

Polis Larang Terbangkan Dron Malam Tahun Baharu

KUALALUMPUR – Polis melarang mana-mana pihak menerbangkan dron pada sambutan ambang 2020 di beberapa tempat esok, sekiranya tiada kebenaran berbuat demikian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan itu bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

“Kita akan menugaskan pasukan khas anti-dron di kawasan tumpuan sambutan tahun baru esok untuk membuat pemantauan.

“Sekiranya kita kesan ada dron diterbangkan tanpa kebenaran, kita akan ambil tindakan dengan menyekat kawalan ke atas dron itu dengan alat khas dan tindakan akan dikenakan kepada pemiliknya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tambah beliau, larangan menerbangkan dron itu demi keselamatan awam kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada orang ramai yang akan mengunjungi lokasi sambutan ambang tahun baharu.

“Beberapa penganjur sambutan akan menerbangkan dron masing-masing untuk merakam detik bersejarah. Justeru, kita tidak mahu dron asing yang diterbangkan secara haram mengganggu kelancaran program.

“Kita bimbang berlaku pelanggaran antara dron di udara dan terhempas, seterusnya membahayakan orang ramai,” jelas Mazlan.


Katanya, selain sambutan Ambang Tahun 2020 di Dataran Merdeka, esok, terdapat dua lagi sambutan secara serentak akan diadakan di Dataran Merdeka iaitu Majlis Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019.

“Terdapat juga sambutan tahun baharu di beberapa lokasi lain antaranya Kompleks Perbadanan Putrajaya, KLCC, Pavillion, TREC Jalan Tun Razak, Sunway Velocity, padang awam Jinjang Utara, Axiata Arena Bukit Jalil, Bangsar South dan Solaris Mont Kiara.

“Kita mohon orang ramai yang mahu ke lokasi sambutan supaya keluar awal untuk mengelak tersekat dalam kesesakan. Kita nasihatkan mereka untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

“Beberapa laluan di sekitar Dataran Merdeka, KLCC, Kompleks Perbadanan Putrajaya, dan KLCC juga akan ditutup secara berperingkat bermula jam 8 malam esok sehingga jam 12.30 tengah malam,” kata beliau.

Selain itu, katanya, polis menugaskan seramai 1,030 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan di lokasi sambutan dan 148 pegawai dan anggota trafik untuk memantau dan mengawal lalu lintas. – BH Online

Kategori