Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dibiarkan Dalam Bilik...

Sepasang suami isteri dari Missouri telah didakwa selepas membiarkan anak lelaki mereka yang...

Hampir 700 Koala Dibunuh...

MELBOURNE – Hampir 700 koala dibunuh oleh pihak berkuasa kawasan tenggara Australia, kerana jumlah haiwan...

Kes Kebakaran Sepang: Belum...

POLIS telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga, jiran dan pemilik rumah sewa untuk...

Polis Panggil Penganjur Himpunan...

ALOR SETAR - Polis akan memanggil penganjur berhubung kehadiran penyokong golongan lesbian, gay,...

Rafizi Tak Akan Kembali Ke Dunia Politik

NAIB Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan yang beliau tidak akan kembali ke arena politik, sebaliknya kini sedang memberi tumpuan kepada pembelajaran berkaitan teknologi.

Melalui ciapan di laman sosial Twitternya, Rafizi menegaskan itu adalah tahap baru hidupnya kini.

“Saya sudah jelaskan dalam tweet saya sebab secara jelas bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.

“Ini tahap hidup saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik dan menyumbang lebih baik.

“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT – lihat apa yang saya dapati minggu lepas,” katanya sambil memuat naik video.

Pada 15 November lalu, selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk kembali aktif dalam politik pada masa terdekat ini.

Bercakap kepada wartawan luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, bekas ahli parlimen Pandan itu berkata beliau mahu terus menjadi “orang biasa” dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakannya.


“Ramai yang kurang faham yang masa di dalam medan depan politik ambil masa cukup panjang dan tenaga serta masa daripada keluarga.

“Saya memang sebut dari awal saya tak berminat buat masa ini. Saya juga tak minat ada jawatan-jawatan bersabit kerajaan atau awam, saya ingat masa tiga hingga empat tahun ini untuk kembali jadi orang biasa.

“Masalah utama orang politik baik BN dan sekarang Pakatan Harapan (PH), bila menang jadi kerajaan, dia tak hidup seperti orang biasa, dia jadi lupa daratan,terpisah dengan realiti.

“Jadi saya rasa masa PH berkuasa adalah zaman saya kembali jadi orang biasa, cari makan macam orang biasa,” kata Rafizi. – MalaysiaKini

Kategori