Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tindakan Gantung Permit The...

BERA - Tindakan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge dan The Edge Financial...

Nazim Enggan Dedah Privasi...

PELAKON, Nazim Othman mengakui kini tidak mahu lagi berkongsi perkembangan peribadi terutama mengenai...

Bekas Pemimpin PAS Hilang...

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin PAS yang kini menyertai Pakatan Harapan melalui Parti...

Anjing Diwarnakan, Pemilik Terima...

SEORANG wanita mendedahkan dia mewarnakan anjingnya baka Great Dane, malah kukunya dicat semata-mata...

Raja Permaisuri Agong Lawat Sekolah Sulaman Diraja Di UK

LONDON – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan melawat The Royal School of Needlework (RSN) di Hampton Court Palace, yang juga sebuah pusat kecemerlangan antarabangsa untuk seni sulaman tangan.

Baginda meluangkan masa di pusat itu yang terletak kira-kira 18 kilometer daripada bandar London itu hampir dua jam, melihat pelbagai jenis hasil seni sulaman oleh para pelajarnya dengan diiringi CEO RSN, Dr. Susan Kay Williams.

Pusat itu menawarkan pelbagai kursus dari peringkat permulaan hingga ke peringkat lanjutan, manakala studionya menghasilkan tempahan khas dan juga menjalankan kerja-kerja pemulihan tekstil warisan bersejarah dan mengembalikan kegemilangannya.

Ketika lawatan itu, Raja Permaisuri Agong juga bermesra dan berkongsi pengetahuan baginda mengenai sulaman bersama para pelajar, ketika melihat hasil kerja mereka, termasuklah bersama Francesca Lim Shu Xuen, seorang pelajar tahun akhir di pusat itu, yang berasal dari Malaysia.

Tunku Azizah kedengaran bertitah menyatakan baginda juga mempunyai semua buku dan sebahagian daripada peralatan sulaman, seperti yang dimiliki pelajar.

Baginda yang dikenali dengan kerja-kerja memajukan warisan kraf dan seni tradisi Malaysia, juga mengambil kesempatan untuk belajar ‘jahit benih’, satu jahitan sulam silang yang digunakan sebagai latar belakang.

Tunku Azizah baru baru ini menerima Anugerah Ikon Kraf 2019, daripada Majlis Kraf Dunia (WCC) dalam satu majlis di New Delhi, India.


Lim, 22, yang berasal dari Bandar Sri Damansara menyatakan rasa bangga beliau untuk dapat bertemu Raja Permaisuri Agong dan menunjukkan hasil kerjanya.

“Sekolah ini adalah tempat terbaik bagi mempelajari seni sulaman dan saya berharap akan dapat bekerja dengan rumah fashion terkenal dunia, selepas saya menamatkan pelajaran,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu baginda turut melawat Yayasan Queen Elizabeth untuk Orang Kurang Upaya (QEF) yang adalah sebuah badan amal kebangsaan yang komited, menyediakan perkhidmatan mengubah kehidupan masyarakat, bagi membolehkan orang kurang upaya meningkatkan keupayaan dan mencapai matlamat hidup.

QEF membantu lebih 5,000 kanak-kanak dan orang dewasa dengan kecacatan fizikal atau pembelajaran atau kecederaan otak setiap tahun, dan membantu mereka untuk memenuhi potensi mereka dalam kehidupan.

Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berada di London, untuk lawatan khas ke United Kingdom sehingga 16 Disember.

Kategori