Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KKM Siasat Kandungan Lain...

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kandungan...

Wan Azizah, Najib Ucap...

JENAKA yang bersahaja dan idea Allahyarham Abam bersama kumpulan Bocey ketika hayatnya dahulu...

Kebolehpasaran TVET Lebih Tinggi...

KUALA TERENGGANU - Kebolehpasaran lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih...

Warga Jakarta Saman Presiden...

JAKARTA - Warga Jakarta memfailkan saman semalam kerana kegagalan pemerintah menangani pencemaran udara...

Ronnie Liu Selesai Beri Keterangan Berhubung Himpunan PKM

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya DAP, Ronnie Liu selesai memberi keterangan berhubung kehadirannya pada majlis memperingati Perjanjian Damai Hatyai ke-30 yang dihadiri bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan lalu.

Peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, Ronnie dipanggil sebagai saksi dalam kes siasatan itu dan telah selesai dirakam keterangan oleh pegawai polis.

“Keterangan selesai dirakam polis sebentar tadi mengenai penyertaannya dalam himpunan majlis bekas PKM.

“Polis selesai ambil keterangannya dan tidak cakap sama ada akan disambung lagi tapi rasanya sudah selesai tadi,” katanya di pintu masuk Bukit Aman hari ini.

Ramkarpal berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang berunsur menghasut tapi pemimpin itu tidak pernah berniat sebegitu dan ia sudah dijelaskan dalam kenyataan tadi.


“Kenyataan keterangan tadi direkodkan polis bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan rakaman keterangan berjalan selama sejam.

Katanya, Ronnie dipanggil dan selesai dirakam keterangan dibawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Kategori