Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Ke Utara...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik ke utara dan selatan tanah air dilaporkan bergerak...

Kenyataan Bela Pengguna Cina,...

Walaupun dihentam pihak pembangkang mahupun rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) kerana...

Operasi Cari Pendaki Hilang...

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua rakyat Malaysia yang hilang...

PDRM Kaji Kelemahan Pemohonan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis...

ROS Panggil 3 Pertubuhan Hadiri Perhimpunan PKM

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengeluarkan notis terhadap tiga pertubuhan disyaki menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai yang dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember lalu, untuk hadir memberi keterangan.

ROS dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sembilan pertubuhan yang disyaki menghadiri perhimpunan berkenaan dan mendapati tiga daripadanya adalah pertubuhan berdaftar.

“Daripada sembilan pertubuhan yang disyaki, ROS mengenal pasti tiga pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

“Justeru, ROS bertindak mengeluarkan notis di bawah Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] supaya ahli jawatankuasa pertubuhan terbabit hadir ke jabatan untuk memberi keterangan berkaitan pembabitan pertubuhan dalam majlis peringatan itu,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, semakan mendapati enam lagi pertubuhan yang turut dikenal pasti terbabit dalam perhimpunan berkenaan adalah pertubuhan tidak berdaftar.

“Enam pertubuhan itu disifatkan sebagai ‘pertubuhan yang menyalahi undang-undang’ mengikut Seksyen 41(1)(b) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan Seksyen 43 Akta yang sama.

“Ia bermakna mana-mana orang yang didapati menjadi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan jika bersabit, boleh dijatuhkan hukuman penjara,” jelas kenyataan itu.

Katanya, ROS sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pertubuhan yang melanggar akta itu.


Justeru, katanya, setiap pertubuhan berdaftar diingatkan supaya menjalankan kegiatan dan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftar serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dilaporkan berkata PDRM sudah mengenal pasti sembilan persatuan terbabit dalam perhimpunan itu serta empat individu yang berucap.

Katanya, pihaknya akan mendapatkan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta ROS bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 1 Disember lalu, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perhimpunan yang diadakan di sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor, dipercayai membabitkan bekas anggota PKM.

Difahamkan, perhimpunan itu diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989. – BH Online

Kategori